SinarHairan

Video Penunggang Motosikal Dilanggar Lari

loading...

Satu rakaman oleh seorang pemandu yang berdurasi 26 saat menunjukkan saat-saat genting yang terpaksa dihadapi oleh seorang penunggang motosikal.

Kejadian ini dipercayai telah berlaku di Thailand di satu jalan yang sesak dengan pengguna yang menaiki kereta dan motosikal.

Video tersebut memaparkan seorang penunggang wanita yang sedang yang sedang melalui satu jalan yang sempit di mana terdapat banyak kereta di kawasan terbabit.

Penunggang motosikal tersebut kelihatan cuba melalui jalan terbabit namun tanpa dia sedar sebuah kereta Honda datang daripada arah hadapan dan merempuhnya.

Dia yang panik dengan kejadian tersebut berusaha menyelamatkan dirinya terlebih dahulu kerana takut dilanggar oleh kereta terbabit.

Namun pemandu kereta terbabit cuba mengundur keretanya dan terus merempuh motosikal terbabit sehingga hancur.

Turut kelihatan bahagian hadapan kereta terbabit juga remuk serta motosikal milik mangsa juga hancur kerana dirempuh.

Bagaimana pun, penunggang motosikal itu yang hanya terduduk itu tercengang saat kereta terbabit berlalu pergi begitu sahaja.

Dalam kejadian ini, mangsa juga dilihat tidak dibantu oleh orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut. 

Peristiwa ini bagaimana pun disifatkan sebagai langgar lari di mana pemandu kereta terbabit langsung tidak mengendahkan penunggang motosikal tersebut. Editor: Iera
loading...
loading...

0 Response to "Video Penunggang Motosikal Dilanggar Lari"

Catat Ulasan