SinarHairan

Bayi Diletakkan Di dalam Beg Tesco Dan Ditinggalkan Di Tepi Tangga.

loading...

PUCHONG: Jenayah pembuangan bayi semakin barah dan merebak dalam kalangan masyarakat pada masa kini.

Semalam, penduduk di Pangsapuri Sri Dahlia Laman Puteri 3, Bandar Puteri, Puchong gempar apabila seorang penduduk pangsapuri berkenaan telah menemui seorang bayi perempuan yang dikatakan berusia kurang daripada tiga tahun.

Bayi berkenaan telah ditemui di tangga pangsapuri terbabit dan dipercayai telah dibuang ibunya malam tadi.

Menurut saksi iaitu Wan Azri Wan Azmi, dia menjumpai bayi berkenaan sekitar jam 11.30 malam selepas dia pulang daripada kerja.

“Semasa hendak menaiki tangga pulang ke rumah, tiba-tiba kedengaran suara bayi menangis. Saya cuba mencari suara tangisan itu dan ternampak sebuah beg putih Tesco yang bergerak-gerak.”

“Apabila saya mendekati dan memeriksa isi kandungan beg itu, saya dapati ada seorang bayi di dalamnya,” ujarnya.

Bagaimana pun, bayi malang itu ditemui dengan berpakaian lengkap serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Namun, identiti bayi tersebut tidak dapat dipastikan lagi dan buat masa sekarang bayi itu telah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

Laporan polis mengenai pembuangan bayi terbabit juga turut dibuat untuk mengenal pasti identiti keluarganya. Sumber: Viral Gempak, Editor: Sara



loading...
loading...

0 Response to "Bayi Diletakkan Di dalam Beg Tesco Dan Ditinggalkan Di Tepi Tangga."

Catat Ulasan