SinarHairan

Bayi Ditinggalkan 4 Jam Dalam Kereta Disahkan Meninggal Dunia

loading...

Akibat kecuaian seorang wanita, bayi kecil berusia 2 bulan meninggal dunia selepas 4 jam ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya.

Ibu mangsa merupakan tenaga pengajar di sebuah kolej kemahiran di Port Dickson dikatakan membawa anaknya pergi ke tempat kerja.

Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu, ibu mangsa dikatakan terlupa yang bayinya ada di dalam kereta tersebut dan meninggalkan bayi itu selepas meletakkan kenderaannya.

Pada jam 1 tengahari barulah wanita itu menyedari yang bayinya tertinggal di dalam kereta dan bergegas untuk mendapatkan anaknya itu namun bayi kecil itu sudah tidak sedarkan diri.

Wanita berkenaan membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia, kemudian kes itu dirujuk ke Hospital Port Dickson. Sumber:Harian Metro, Editor:Anna
loading...
loading...

0 Response to "Bayi Ditinggalkan 4 Jam Dalam Kereta Disahkan Meninggal Dunia"

Catat Ulasan