SinarHairan

Badan Lelaki Ini Terbakar Gara-gara Putung Rokok

loading...

PENSACOLA - Seorang lelaki mengalami kecederaan yang serius apabila terbakar di bahagian badan angkara putung rokok yang dibuang oleh seorang pemandu kereta melalui tingkap.

Mangsa yang bernama Caleb Dunn, 24, berkata ketika sedang menunggang motosikalnya menuju ke rumah dia merasa panas yang teramat sangat dan apabila toleh ke belakang dia melihat api di sekitar leher dan jaketnya.

Kemudian mangsa mendekati bahu jalan dan melompat turun dari motosikalnya dan menanggalkan jaket tersebut.

Dunn berkata dia tidak pernah mengalami kesakitan yang dahsyat seperti itu seumur hidupnya.

Dia mengalami kecederaan akibat terbakar di bahagian separuh badannya sebanyak 25 peratus dan dan kini sedang menjalani rawatan intensif.di pusat perubatan Universiti South Alabama.

Para perokok dinasihat supaya tidak membuang rokok keluar tingkap sesuka hati ketika sedang memandu kerana boleh menimbulkan bahaya.

Kini badan Dunn dilindungi oleh oleh kulit tiruan yang dikenali sebagai Integra yang mana membantu proses penyembuhan dan melindungi dari kuman dan bakteria. Editor:Anna




loading...
loading...

0 Response to "Badan Lelaki Ini Terbakar Gara-gara Putung Rokok"

Catat Ulasan