SinarHairan

Lagu 'Makhluk Penggoda' Dikecam Teruk Oleh Para Netizen

loading...

Pengasas produk terkenal Let's Cantik iaitu Nur Sajat baru-baru telah mengeluarkan single terbarunya yang bertajuk 'Makhluk Penggoda'  turut menampilkan Dato Seri Aliff Syukri di dalam lagu tersebut. Lagu makhluk penggoda ini, telah mendapat kecaman hebat daripada para netizen di laman Youtube . Video klip yang berdurasi 1.51 minit ini telah mendapat tontonan sebanyak 30,931 di Youtube sejak di muat naik.

Rata-rata para netizen yang mendengar lagu terbaru Sajat ini, mengecam teruk lagu tersebut di laman Youtube. Lagu 'Makhluk Penggoda' ini juga telah mendapat dislike sebanyak 6.8k ,like 502 dan 690 komen  daripada pengguna di laman Youtube.

Selain itu,Nur Sajat juga telah melancarkan siri original baharu, iaitu vlog rakaman realiti yang bertajuk Nur Sajat Rated Xtra yang memaparkan kisah tentang kehidupan gadis selebriti viral. 

Sajat juga mengakui sebelum ini dia pernah juga ditawarkan untuk membuat rancangan sebegini namun, terpaksa di tolak kerana terlampau sibuk menguruskan perniagaan nya yang semakin mendapat sambutan daripada orang ramai.

Rancangan tersebut hanya boleh ditonton di Portal tonton.com.my sahaja jadi ,para peminat Sajat boleh terus melayari laman tersebut untuk menontonnya.

Ternyata kecaman daripada para netizen ini sedikit pun tidak diendahkan oleh Sajat. Baginya segala kecaman hebat itu satu pujian untuk dia terus memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Di antara kecaman yang ditulis di laman Youtube adalah " Tolong la taubat.Tak macam perempuan pun. Suara tetap sama macam lelaki. How can u describe that u women????" tulis salah seorang pengguna laman Youtube. 













Namun, ada juga yang menyokong apa yang dilakukan oleh Nur Sajat. Tulis salah seorang daripada pengguna laman Youtube "Good job Sajat..U go girl. Remember onlu God can judge u,forget the haters cause somebody love you.. I will always support u. Dengar lagu ni pon terasa digoda oleh kecantikan Sajat persis Che Ta".Editor: Ila Hakimi




loading...
loading...

0 Response to "Lagu 'Makhluk Penggoda' Dikecam Teruk Oleh Para Netizen"

Catat Ulasan