SinarHairan

Janin Cukup Sifat Ditemui Tersangkut Di Tebing Sungai

loading...


Pekerja Kontraktor pembersihan di sekitar kawasan Kondominium Bestari off Jalan Putra telah menjumpai satu janin sedang tersangkut pada batu di tebing Sungai Klang di belakang kondominium tersebut pagi tadi.

Janin yang mempunyai bahagian kepala, kaki dan tangan ditemui pada jam 11.40 pagi dan kontraktor tersebut telah memaklumkan kepada BalaiPolis Chow Kit.

Sepasukan anggota polis telah bergegas ke lokasi dan janin tersebut telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk di bedah siasat.

Penemuan janin itu telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran.

Klinik dan pengamal perubatan yang mempunyai maklumat mengenai kelahiran janin tersebut diminta memberi maklumat tersebut kepada balai polis berhampiran.Sumber : Harian Metro , Editor:Anna

loading...
loading...

0 Response to "Janin Cukup Sifat Ditemui Tersangkut Di Tebing Sungai"

Catat Ulasan