SinarHairan

Neelofa Bengang Dengan Sikap Wartawan.

loading...

Mesti ramai mengetahui bahawa kehidupan tanpa wartawan akan menyebabkan hidup kita tidak dapat diisi dengan pengetahuan yang baru.

Namun, telah viral baru-baru ini apabila pelakon dan usahawan Neelofar Hijab iaitu Neelofa telah menegur tindakan seorang wartawan sebuah portal berita terkenal iaitu Harian Metro.

Perkara ini dikatakan berlaku apabila Neelofa telah menegur wartawan kerana tindakan wartawan tersebut mengeluarkan sebuah artikel yang tertulis ‘Neelofa Malas Mau Layan’.

Bengang dengan tindakan wartawan, Neelofa telah menegur wartawan terbabit kerana bengang dengan artikel yang ditulis itu.

"Tolong lah hormat sikit bila orang kata tak nak komen, bukan tulis “neelofa tak mau layan” and masih tulis/mentioned nama mereka tentang isu yang i tak nak komen tu."

"Di mana etika kewartawanan anda? Penatlah dengan kes macam ni, Im sure ramai rakan artis yang lain juga selalu terkena perkara yang sama," tulisnya menerusi Insta story miliknya.

Isu ini dikatakan tercetus apabila Neelofa diminta mengulas lanjut mengenai pernikahan bekas kekasihnya dengan Fazura.

Susulan daripada tindakan Neelofa itu, akhbar berkenaan telah menulis dan meluahkan rasa kecewa mengenai perangai yang ditunjukkan oleh pelakon terbabit.

Menceritakan mengenai kejadian itu, akhbar tersebut menyatakan bahawa tindakan pelakon terbabit mempertikaikan etika kewartawanan itu dianggap tidak wajar.

Ini kerana, Neelofa hanya diminta untuk mengulas lanjut mengenai pernikahan Fattah Amin di mana pihak akhbar tersebut juga turut mendapatkan komen daripada orang yang pernah dikaitkan dengan Fattah iaitu Sherry Ibrahim.

Namun, Sherry dikatakan lebih bersikap profesional di mana dia mendoakan pernikahan Fattah tetapi sebaliknya tidak bagi Neelofa.

Akhbar tersebut juga turut menyatakan bahawa mereka berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan respon Neelofa sehingga mereka turut serta ketika waktu pelancaran tudungnya.

Tetapi, apabila ditemu bual untuk mengulas mengenai pernikahan Fattah, Neelofa dikatakan hanya meletakkan tangan di bibir tanda tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut.

Kecewa dengan tindakan pelakon itu, akhbar tersebut menyatakan bahawa tidak salah rasanya jika Neelofa turut bersikap profesional di mana dia sepatutnya mendoakan kebahagian buat pernikahan Fattah dan Fazura.

Sementara itu, terdapat juga beberapa sumber turut melaporkan bahawa terdapat sebilangan rakan wartawan lain juga turut mengecam tindakan individu berkenaan. Sumber: Kerepek Tempe, Editor: Iera




loading...
loading...

0 Response to "Neelofa Bengang Dengan Sikap Wartawan."

Catat Ulasan