SinarHairan

TMJ Sah Letak Jawatan Sebagai Presiden FAM?

loading...
TMJ Sah Letak Jawatan Sebagai Presiden FAM?

Kami terkejut dengan pengumuman Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menunjukkan surat peletakan jawatannya pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.

Salah seorang exco daripada FAM, Christopher Raj turut mengesahkan perkara ini melalui laman twitter miliknya.


Surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding. Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM,” kata TMJ kepada sidang media.
Walaubagaimanapun, Tunku Ismail kekal sebagai pengerusi Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan hanya akan fokus kepada pengurusan Liga Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam turut mengesahkan Tunku Ismail secara rasminya dilantik menjadi Pengerusi FMLLP.
loading...
loading...

0 Response to "TMJ Sah Letak Jawatan Sebagai Presiden FAM?"

Catat Ulasan