SinarHairan

Aaisyah Dhia Rana Bakal Keluarkan Produk Supplement Sendiri

loading...

Anak kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana dikatakan bakal mengeluarkan produk makanan tambahan sendiri tidak lama lagi.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Che Ta di mana dia tidak bimbang sekiranya perkara sebegini akan menyebabkan dirinya menerima kritikan dan komen negatif daripada netizen.

"Bagi saya tidak salah untuk Aaisyah muncul dengan produk makanan tambahan untuk dirinya dan kanak-kanak seusia dengannya.”

"Produk makanan tambahan ini bukan untuk orang dewasa tetapi untuk golongan kanak-kanak," ujarnya.

Tambah Che Ta lagi, produk yang bakal dihasilkan itu merupakan makanan tambahan yang selamat untuk perkembangan kanak-kanak dan tidak akan membahayakan.

Bahan-bahan yang digunakan itu juga merupakan makanan asas yang diketahui ramai dan sudah pastinya selamat untuk dimakan.

"Pada masa sama, pihak kami juga mendapat nasihat dari doktor pakar untuk memastikan produk itu selamat untuk kanak-kanak," ujar Che Ta lagi.

Dalam pada masa yang sama, Che Ta juga turut ditanya mengenai penggunaan produk pemutihan yang digunakan terhadap Aaisyah di mana tindakannya itu telah mendapat kritikan dalam kalangan netizen.

Menurutnya, netizen pada dasarnya tidak memahami tindakan tersebut dan katanya lagi Aaisyah sebenarnya langsung tidak menggunakan produk terbabit kepada kulitnya.

"Saya cuma beritahu jika nak dapat kulit putih seperti Aaisyah boleh dapatkan produk pemutihan itu.”

Dalam pada itu, Che Ta juga turut meminta netizen supaya memahami apa yang disampaikan oleh dirinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi supaya tidak berlaku salah faham di antara kedua-dua pihak. Sumber: Harian Metro, Editor: Sara
loading...
loading...

0 Response to "Aaisyah Dhia Rana Bakal Keluarkan Produk Supplement Sendiri"

Catat Ulasan