SinarHairan

#DAPAT ANAK ~ Menantu ajar Datuk Siti cara betul susukan bayi

loading...

LAZIM bagi ibu selepas bersalin, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut melalui tempoh berpantang.

 Malah, selebriti berusia 39 tahun ini turut cukup bertuah apabila mendapat penjagaan sepenuhnya daripada Natalis Mother Care.

 Tidak hanya itu, pelantun lagu Segala Perasaan ini turut dijaga oleh ibu, Siti Salmah Bachik dan ibu mertuanya, Siti Zainab Hanaffi.

 "Alhamdulillah, saya cukup bertuah apabila ibu dan ibu mertua ada sekali menjaga saya sepanjang tempoh berpantang. "Sekurang-kurangnya, ada jugalah orang lebih berpengalaman menjaga saya," katanya pada Sinar Harian ketika ditemui selepas majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah bayi perempuannya.


Bagaimanapun, katanya, cabaran utamanya selepas melahirkan anak adalah menyusukan badan.

 "Ya ALLAH, barulah saya tahu bukan senang rupa-rupanya 

 "Tapi, bila fikir bagaimana ibu saya boleh menyusukan lapan anaknya sampai tak tidur malam, saya jadi kuat. "Tak akan saya yang baru saja anak seorang ini nak mengeluhkan?," katanya.

 Malah, Siti Nurhaliza juga meluahkan rasa syukurnya apabila menantunya, Tya Ariffin banyak membantunya.

 "Dia dah macam cikgu dan mentor saya. Dia yang ajar saya bagaimana melakukannya dengan betul.

 "Alhamdulillah, selalu ibu yang ajar anak tapi untuk saya speciallah sikit. Tya yang ajar saya (ketawa)," katanya.

 Pelantun lagu Jaga Dia Untukku ini selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.55 kilogram (kg) secara pembedahan, kira-kira jam 8.17 pagi di sebuah pusat perubatan swasta pada 19 Mac lalu.

 Bayi itu kemudian dinamakan sebagai Siti Aafiyah sekali gus menggantikan nama gelaran Fatimah Az-Zahra yang digunapakai sepanjang seminggu tempoh kelahirannya.[SH]
loading...
loading...

0 Response to "#DAPAT ANAK ~ Menantu ajar Datuk Siti cara betul susukan bayi"

Catat Ulasan