SinarHairan

Neelofa Jadi Lebih Tabah dan Kuat Setelah Dikecam?

loading...
Neelofa Jadi Lebih Tabah dan Kuat Setelah Dikecam?

Lumrah bagi seorang selebriti popular ditimpa kontroversi dan gosip. Namun, awal tahun ini sahaja Neelofa ditimpa satu demi satu kontroversi yang mengundang pelbagai kecaman daripada netizen.

Namun, setiap fitnah dan kritikan yang diterima sedikit pun tidak membuatkan Neelofa jatuh dan lemah. Malah, ia menjadikan beliau seorang yang lebih kuat dan tabah.
Saya gembira dengan diri sendiri, dengan kehidupan dan dengan apa yang ada. Apa pun yang telah terjadi, saya tahu kritikan tetap akan datang. Kekal positif dan kuat melawan itu semua.
Saya belajar mengenali dengan lebih dalam siapa diri sendiri. Nilai hidup yang dimiliki, kekurangan dan kelebihan. Apa pun orang cakap, tak ada yang boleh mematahkan saya. Campaklah fitnah apa pun, kecaman apa pun, itu adalah peluang saya belajar kenali diri lagi. Saya bersyukur Allah datangkan ujian yang tersirat dengan hikmah yang maha besar.
Tidak dinafikan, Neelofa bukanlah calang-calang wanita kerana beliau bukan sahaja dikenali dalam bidang seni tetapi melakar kejayaan sendiri menerusi perniagaan yang diusahakannya. Tamatkan gosip mulakan sesuatu yang positif.


sumber: beautifulnara
loading...
loading...

0 Response to "Neelofa Jadi Lebih Tabah dan Kuat Setelah Dikecam?"

Catat Ulasan