SinarHairan

Mayat Wanita Ditemui Tanpa Pakaian Di Bilik Hotel

loading...

IPOH: Seorang wanita telah ditemui meninggal dunia dalam keadaan yang mendukacitakan di mana mayatnya itu telah ditemui dalam keadaan berbogel tanpa sehelai pakaian di sebuah bilik di Hotel Premium, Bandar Meru Raya, Ipoh.

Mangsa yang dikenali sebagai Nor Azian Bt Mohamad Amin yang dipercayai berasal dari Kampung Seri Ketengga, Baling itu dikatakan datang dan mendaftar masuk ke hotel terbabit tanpa ditemani oleh sesiapa pada 2 March yang lepas.

Namun, menurut pihak hotel, mangsa dikatakan sepatutnya mendaftar keluar keesokan harinya tetapi pihak hotel mendapati bahawa mangsa masih lagi berada di hotel terbabit.

Ini menyebabkan pihak hotel menggunakan kunci pendua bagi membuka pintu bilik hotel terbabit namun mereka semua terkejut apabila mereka mendapati mangsa telah terbaring tidak sedarkan diri dengan separuh bogel serta hidungnya juga turut mengeluarkan darah.

Oleh kerana terkejut dengan kejadian itu, pihak hotel bertindak memaklumkan kejadian itu kepada pihka polis.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pihak polis menemui beberapa jenis ubat hospital dan farmasi serta terdapat kesan darah di bahagian mulut mangsa dan juga kesan lebam di bawah payudara mangsa di sebelah kanan.

Dalam pada itu, pihak polis juga berjaya menemui kesan cap jari pada sebiji cawan dan juga pada botol minuman yang berada di dalam bilik mangsa.

Menurut pihak hotel, wanita terbabit dikatakan selalu datang ke hotel terbabit dengan menaiki kereta Honda Civic berwarna hitam dengan nombor pendaftaran PLG 2798.

Bagaimanapun, mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat dan kes ini masih lagi disiasat oleh pihak polis. Sumber: E Berita, Editor: Iera


loading...
loading...

0 Response to "Mayat Wanita Ditemui Tanpa Pakaian Di Bilik Hotel"

Catat Ulasan