SinarHairan

Kanak-kanak 11 Tahun Hamil Akibat Dirogol Lelaki Tua

loading...

GUJARAT- NDTV melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mengandung dipercayai akibat dirogol oleh jirannya yang merupakan warga emas di Rajkot.

Suspek terdiri daripada dua orang iaitu Nanji Javiya, 67 dan jirannya Arving Kubawat, 60 dipercayai memperdayakan suspek dengan menawarkan sejumlah wang.

Berhubung dengan kejadian tersebut, kanak-kanak itu merahsiakan sehingga kandungannya mencecah 8 bulan.

Mangsa mengadu kepada ibunya lalu mereka membuat laporan polis lalu tidak lama kemudian tangkapan ke atas suspek berjaya dibuat.

Bapa kepada mangsa dikatakan tidak bekerja kerana sakit manakala ibunya bekerja sebagai pembantu rumah.

Kedua-dua suspek itu ditahan atas tuduhan merogol di bawah peruntukan perlindungan kanak-kanak dari Akta Kesalahan Seksual.Editor:Anna
loading...
loading...

0 Response to "Kanak-kanak 11 Tahun Hamil Akibat Dirogol Lelaki Tua"

Catat Ulasan