SinarHairan

#POLIGAMI ~ Saya takut orang ambil Zain: Che Ta

loading...
Rozita Che Wan bersama suaminya Zain Saidin 

 SELEBRITI cantik, Rozita Che Wan mengakui tidak menolak poligami, namun anti dengan golongan yang merampas suami orang.

 Jelas pelakon yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Che Ta ini, sebagai seorang wanita, kita tidak dapat menghalang suami kita berkahwin dengan wanita lain, tetapi boleh menghalang diri untuk berkahwin dengan suami orang.

 "Kalau kita kahwin dengan lelaki bujang, kita tak boleh nak halang kalau suami nak berkahwin lain. 

Tapi kita sebagai wanita, boleh halang diri kita untuk berkahwin dengan suami orang.

 "Malah saya sendiri tidak menghalang poligami. Cuma kalau kita tahu lelaki tersebut sudah berkahwin, kita avoid. 

 "Saya memang tak suka wanita yang ambil suami orang. Sebab saya takut orang ambil laki (suami) kita," selorohnya ketika ditemui pada majlis pengenalan Duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad, di sebuah hotel di ibu negara.

 Dalam majlis berkenaan, Che Ta telah dilantik selaku duta syarikat berkenaan.

 Tambah wanita berusia 45 tahun ini, orang yang menghancurkan hidup wanita adalah golongan wanita sendiri.

 "Kenapa perempuan lain nak hancurkan hidup perempuan lain?" ujarnya.

 Menegaskan tidak menujukan kenyataannya kepada individu secara khusus, Che Ta juga sempat menitipkan pesanan buat mereka yang pernah diduga rumah tangga dan kini bergelar ibu tunggal.

 "Bagi yang telah dimadukan, saya harap mereka teruskan kehidupan. Tak perlu untuk melihat benda yang sudah berlalu. 

 "Past is past. Mungkin jodohnya dengan suaminya setakat itu sahaja. Malah mungkin juga kehidupan dan rezeki yang lebih baik juga bakal menanti," ujarnya.[SH]
loading...
loading...

0 Response to "#POLIGAMI ~ Saya takut orang ambil Zain: Che Ta"

Catat Ulasan