SinarHairan

Video - Anak Gajah Sesat Diselamatkan Anggota JHL

loading...

Sabah - Video berdurasi selama 15 saat menunjukkan seekor anak gajah sedang berkeliaran di atas jalan raya dan telah menjadi tular di media sosial.

Kejadian yang berlaku di jalanTelupid-Tongod di Telupid telah menggemparkan para pengguna jalan raya dan dipercayai anak gajah tersebut terpisah dengan kumpulannya ketika berada di sekitar kawasan hutan antara Kampung Gambaron dan hutan simpan Tawai, kira-kira jam 10 pagi

Anak gajah terbabit dipercayai telah tersesat selama dua jam di atas jalan raya sebelum anggota Jabatan Hidupan Liar (JHL) menyelamatkannya.

Anggota JHL yang bertugas membantu anak gajah itu bertemu semula dengan kumpulannya yang berada di lokasi yang berhampiran.

Melalui video rakaman tersebut, anak gajah itu kelihatan cuba menyondol kenderaan yang lalu membuatkan pengguna jalan raya terpaksa memperlahankan kenderaan mereka.

Terdahulu, laporan media tempatan mengatakan sejak awal tahun ini sekurang-kurangnya 20 ekor gajah hadir di Telupid telah menceroboh beberapa kawasan termasuk dewan makan SMK Telupid serta Balai Polis Telupid.

Setakat 6 Mac, tujuh ekor gajah telah berjaya ditangkap oleh JHL dan dipindahkan ke hutan Simpan Imbak kelmarin. Editor:Anna
loading...
loading...

0 Response to "Video - Anak Gajah Sesat Diselamatkan Anggota JHL"

Catat Ulasan