SinarHairan

Video Pengasuh Dera Kanak-Kanak

loading...

Satu video berdurasi 48 saat menunjukkan satu kejadian yang berlaku di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di mana seorang kanak-kanak telah di dera oleh pengasuhnya.

Kejadian ini dipercayai baru sahaja berlaku dan ianya telah menjadi tular di laman sosial dan melalui rakaman tersebut ianya telah berlaku sekitar jam 2.35 petang tadi.

Melalui video tersebut, dapat dilihat seorang pengasuh yang sedang melihat pakaian dan juga beberapa orang kanak-kanak yang berada di sekelilingnya.

Namun, secara tiba-tiba pengasuh terbabit bertindak di luar jangkaan apabila dia telah menolak kepala seorang kanak-kanak sehingga jatuh ke lantai.

Malahan, apa yang lebih teruk lagi adalah pengasuh terbabit juga turut menggoncang badan serta kepala dan turut memukul kanak-kanak terbabit.

Tempat kejadian ini bagaimana pun tidak didedahkan dan dipercayai rakaman tersebut dirakam melalui cctv di di tempat kejadian. Editor: Sara
 
loading...
loading...

0 Response to "Video Pengasuh Dera Kanak-Kanak"

Catat Ulasan