SinarHairan

Umur Wanita Ini Berusia 71 Tahun Tapi Kelihatan Seperti 30 Tahun Hanya Kerana Dia Makan 5 Jenis Makanan Ini.

loading...

Kecantikan sudah semestinya menjadi idaman semua golongan manusia tidak kira lelaki mahupun wanita.

Kita boleh lihat pelbagai tips yang dipaparkan di media sosial untuk mengekalkan kecantikan dan dalam pada masa yang sama juga, para selebriti juga tidak ketinggalan untuk berkongsi tips yang diamalkan mereka supaya kekal cantik dan awet muda.

Namun, untuk mengekalkan kecantikan tersebut bukanlah sesuatu benda yang mudah di mana ia memerlukan komitmen yang tinggi di samping turut memerlukan kos yang tinggi.


Walaubagaimanapun, perkara ini dapat dibuktikan oleh seorang wanita yang mana dia dikatakan hanya mengamalkan lima jenis makanan sahaja untuk mengekalkan awet muda walaupun dirinya sudah dimamah usia.

Mari kita lihat lima makanan yang diambil dan diamalkan oleh wanita ini supaya kita mendapat tips daripada wanita ini untuk mengekalkan kecantikan diri kita sendiri.


LOBAK

Lobak adalah makanan yang senang dijumpai dan banyak dijual.

Lobak terkenal sebagai salah satu makanan yang sangat berguna untuk melembutkan tekstur kulit kita.

Dalam pada masa yang sama, lobak juga turut mengandung zat pektin yang berfungsi untuk mengeluarkan racun atau zat yang tidak berguna dari dalam tubuh sehingga kulit kita sentiasa kelihatan cantik dan juga sihat. 

Zat karoten yang terdapat pada lobak juga berfungsi untuk mencegah penyebaran melanin kepada kulit sehingga tanda-tanda hitam tidak akan tumbuh kepada kulit kita.

Selain itu, lobak juga turut mengandungi vitamin E yang berfungsi sebagai antioksida.

Anda haruslah majadikan lobak sebagai makanan harian jika mahukan kulit yang cantik dan juga mulus.

 

BUAH CERI

Buah ceri terkenal sebagai sejenis buah yang berkhasiat untuk memutihkan kulit serta ianya berupaya untuk menghilangkan tanda-tanda hitam kepada kulit.

Hari ini, kita dapat melihat banyak produk yang dihasilkan daripada buah ceri sebagai produk khusus untuk kecantikan di mana produk tersebut juga dipercayai mendapat banyak sambutan.

Dalam pada masa yang sama, buah ceri dikatakan mengandungi banyak vitamin c dan juga zat besi di mana khasiat ini adalah 20 kali ganda lebih banyak daripada epal.

Selain itu, ceri juga turut mempunyai vitamin A yang berfungsi untuk pertumbuhan sel-sel kulit baru yang mana akan membuatkan kulit anda kelihatan cantik jika anda selalu mengamalkan pengambilan buah ini.


ZAITUN

Kita sering mendengar mengenai minyak zaitun dan sudah pasti ada dalam kalangan kita yang selalu menggunakannya di dalam masakan seharian.

Namun, untuk kulit yang cantik buah zaitun sangatlah sesuai untuk menjaga kecantikan kulit kita.

Buah zaitun ini dikatakan telah digunakan sejak zaman Yunani lagi di mana rata-rata wanita pada zaman tersebut menjadikan zaitun sebagai makanan utama mereka.

Zaitun juga sesuai digunakan untuk membantu menghalang sel kulit kita daripada terkena sinaran UV serta berperanan sebagai antioksida.


ANGGUR

Buah anggur merupakan buah yang selalu sahaja menjadi pilihan kita kerana rasanya yang manis di samping ia juga senang didapati.

Anggur dipercayai memiliki kandungan polifenol yang tinggi dan berfungsi untuk melambatkan penuaan kulit serta kaya dengan antioksida.

Di samping itu, anggur juga turut mengandungi sejenis zat yang sangat berguna dan sesuai untuk melembut dan melembabkan kulit.

Vitamin B3 serta mineral yang tinggi juga boleh diperoleh di dalam buah anggur untuk meningkatkan kelembapan serta dapat mempercepatkan pembaharuan kulit.


TIMUN

Timun dipercayai mengandungi gula serta asid amino yang tinggi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita selain turut membantu untuk melembabkan kulit.

Selain itu, timun juga turut mengandungi vitamin yang sangat tinggi dan berfungsi untuk melambatkan proses penuaan selain dapat membantu untuk mengelakkan kulit daripada mengalami kedutan.

Zat yang terdapat dalam timun juga sangatlah berguna untuk memutihkan kulit, menyembuhkan luka yang terbakar akibat sinaran cahaya matahari serta untuk mengurangkan alergi kepada kulit.

Jadi, sekarang kita sudah mengetahui rahsia di sebalik kecantikan yang diamalkan oleh wanita yang berumur 71 tahun ini.

Sudah pasti kita tidak menyangka bahawa wanita ini akan kelihatan seperti ini.

Oleh itu, kita bolehlah mencuba untuk mengamalkan makanan ini supaya badan dan kulit kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cantik. Sumber: Gohealth, Editor: Amira
  


loading...
loading...

0 Response to "Umur Wanita Ini Berusia 71 Tahun Tapi Kelihatan Seperti 30 Tahun Hanya Kerana Dia Makan 5 Jenis Makanan Ini."

Catat Ulasan