loading...
MICHIGAN: Seorang bekas guru di sebuah sekolah menengah bertindak mengelar leher isterinya sendiri selepas hubungan sulitnya dengan salah seorang pelajar diketahui oleh isterinya sendiri.
Menurut laporan daripada People.com, suspek iaitu James Chelekis, 32, memberitahu bahawa dia telah melakukan perbuatan terbabit tanpa mempunyai sebarang niat dan kejadian itu dipercayai berlaku di rumah mereka sendiri.
James bertindak mengelar leher isterinya iaitu Amanda Chelekis apabila Amanda menemui beberapa bukti berkaitan hubungan sulit itu dan tanpa dia sedari James telah mempunyai hubungan sulit dengan seorang remaja di bawah umur.
Pada mulanya, mereka dikatakan cuba berbincang dan juga bersetuju untuk berjumpa pakar kaunseling untuk membincangkan masalah rumah tangga yang dihadapi mereka.
Namun, semuanya itu tidak sempat dilakukan apabila James telah mengelar isterinya terlebih dahulu.
Bagaimana pun, isterinya itu terselamat dan dia dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
“Dia mencium dahi saya sebelum mengelar saya menggunakan pisau. Trauma yang saya hadapi sangat mengerikan,” jelas Amanda di mahkamah.
Amanda yang merupakan seorang jururawat di sebuah klinik di kawasan berdekatan berkata bahawa dia dapat menampung pendarahan selama hampir sejam sebelum bantuan tiba di rumahnya.
Sebaik sahaja kejadian itu, Amanda bertindak memfailkan penceraian kerana trauma dengan kejadian terbabit.
Pasangan ini dipercayai mempunyai dua orang anak perempuan manakala James Chelekis adalah salah seorang guru matematik di Sekolah Menengah Crestwood.
Hasil daripada siasatan mendapati bahawa James mula menghubungi dan turut bertukar-tukar gambar dengan gadis yang berusia 14 tahun itu sejak Jun 2016 lagi.
Dalam satu kenyataan di mahkamah, ibu kepada gadis itu memberitahu bahawa James telah memanipulasi dan berniat jahat terhadap anak perempuannya bagi memulakan hubungan yang tidak sesuai dengan gadis itu.
"Dia merosakkan anak perempuan kami yang tidak bersalah,” katanya.
Bagaimana pun, James telah mengaku bersalah terhadap salah laku seksual jenayah dan dia dijatuhi hukuman 15 hingga 40 tahun penjara.
Dalam pada masa yang sama, dia juga turut dijatuhkan hukuman serentak dengan hukuman percubaan bunuh ke atas isterinya dan dia juga dijatuhkan hukuman penjara 30 hingga 60 tahun oleh Mahkamah Kent County Circuit. Sumber: Astro Awani, Editor: Amira
loading...
loading...
0 Response to "Kantoi Ada Hubungan Sulit Dengan Pelajar Bawah Umur, Suami Nekad Kelar Leher Isteri."
Catat Ulasan