loading...
Aliff Syukri sekeluarga bersama kakitangan D’Herbs ketika kejadian dikatakan sedang bercuti di pusat percutian Gili Terawangan, Lombok, Indonesia.
Aliff yang turut ditemani isterinya, Datin Seri Norshahida Mohd Rashid serta dua lagi anak mereka, Ahmad Rayyan, 11, dan Qadejah El Zahra, 6 ketika ditemui Utusan Online berkata terkejut setelah mendapati Ibraheem hilang sejurus selesai melakukan aktiviti sukaneka.
Aliff sekeluarga turut membawa kira-kira 40 kakitangan dan stokis D’Herbs dari seluruh Malaysia bercuti ke pulau itu sebagai tanda penghargaan di samping mengeratkan silaturahim.
“Alang-alang itu, dianjurkan juga beberapa aktiviti sampingan agar percutian ini tidak membosankan dan lebih bermakna.
“Pun begitu, sukaneka hanya melibatkan orang dewasa sahaja manakala anak-anak dibiarkan bermain di pantai sambil diawasi pengasuh.
“Tak sangka pula, Baim (panggilan bagi Ibraheem) tiba-tiba boleh hilang daripada pandangan pengasuhnya yang ralit menyaksikan keriuhan sukaneka tersebut,” kata Aliff.
Aliff dan Norshahida mula menjerit dan kelam kabut mencari anak mereka sambil meminta tolong semua pengunjung yang berada di pulau itu untuk mencari Ibraheem ketika menyedari kehilangan kanak-kanak tersebut.
Aliff akhirnya dapat menarik nafas lega selepas mendengar tangisan si anak bongsunya sambil kelihatan berpimpinan tangan dengan seorang pekerja resort warga tempatan setelah 10 minit mengerah tenaga menyusur pantai dan mencari di setiap pelosok premis untuk mencari Ibraheem.
Setelah menyaksikan susuk tubuh anaknya itu, Aliff terus meluru ke arah Ibraheem lalu memeluk erat kanak-kanak itu tanpa mulutnya tidak henti-henti meminta maaf.
Pekerja resort tersebut berkata, dia bertemu Ibraheem seorang diri di hadapan sebuah kedai aiskrim, tidak jauh dari kawasan berlangsungnya sukaneka.
Sementara itu, Norshahida yang hamil enam bulan bersyukur kerana tiada sebarang insiden buruk berlaku dan harap akan berwaspada di lain waktu. Editor:Farhana
loading...
loading...
0 Response to "Gempar!!! Aliff Syukri Kehilangan Anak di Lombok"
Catat Ulasan