loading...
YUNALIS Mat Zara’ai atau Yuna tidak berniat merahsiakan majlis pernikahannya dengan Adam Sinclair yang berlangsung tertutup di Puncak Rimba, Bentong, Pahang, jumaat lalu.
Yuna, 32, ketika ditemui Harian Metro, berkata siapa yang mengenali dirinya pasti tahu dia seorang yang kurang berkongsi cerita peribadi kepada umum.
“Bukan nak berahsia tetapi saya cuma tidak mahu berlebih-lebih pada hari bahagia saya.
“Lagipun saya memang menginginkan hari pernikahan saya privasi,” katanya.
Menurut Yuna, hari bahagianya hanya dihadiri keluarga kedua-dua pihak dan sahabat terdekat.
“Kira-kira 300 tetamu saja yang hadir kerana saya memang nak majlis pernikahan ini hanya membabitkan keluarga terdekat tanpa gangguan daripada pihak luar.
“Lagipun persiapan majlis dilakukan sendiri dan memerlukan kerja keras yang banyak daripada kedua-dua pihak,” katanya.
Sementara itu, Yuna memberitahu dia belum menetapkan destinasi berbulan madu.
Namun, katanya, bercadang mengajak suaminya pusing ke Amerika Syarikat (AS) dan Amerika Selatan.
Yuna juga berkata, dia berhasrat mengajak Adam berhijrah ke AS untuk melakukan beberapa projek kerja bersamanya.
Pasangan berkenaan bakal mengadakan majlis resepsi di PICC esok.
Semalam, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Terukir Di Bintang itu selamat bernikah dengan Adam Yuosof Mohamed Sinclair, 34, tepat 7 petang, di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.
Pasangan mempelai dinikahkan Jurunikah Majlis Agama Bentong, Ustaz Azmi dengan hanya sekali lafaz.
loading...
loading...
0 Response to "#TAHNIAH ~ 'Tak mahu berlebih-lebih' kata Yuna"
Catat Ulasan