SinarHairan

Video-Wanita Sempat Menyebut Nama Pembunuhnya Sebelum Meninggal Dunia

loading...

PAKISTAN - Sebuah rakaman video yang berdurasi selama sembilan saat memaparkan seorang wanita telah meninggal dunia dipercayai di bunuh oleh seorang lelaki kerana telah menolak cadangan perkahwinannya.

Aasma Rani yang merupakan pelajar perubatan dipercayai telah ditembak sebanyak tiga kali selepas keluar dari becak bersama kakak iparnya pada hari Sabtu di Kohat.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada malam Ahad di hospital akibat kecederaannya.

Menerusi rakaman yang sempat diambil sebelum kematian Aasma, mangsa sempat mendedahkan nama yang dipercayai sebagai suspek.

Aasma Rani yang ditembak tiga kali (Gambar: @ SarahJawadKhan / Twitter)

Mangsa mendedahkan nama pembunuhnya yang dikatakan di dalam rakaman itu (Gambar: @ SarahJawadKhan / Twitter)

Kedengaran mangsa menyebut "Mujahid Afridi, Mujahid Afridi", seorang lelaki yang dilaporkan meminta Aasma untuk berkahwin dengannya tetapi ditolak oleh mangsa.

Video itu menunjukkan gadis tersebut sedang menahan matanya untuk terus terbuka dan kepalanya dipangku oleh seorang lelaki yang meminta dia mengulangi nama itu.

Geo TV melaporkan, suspek telah membuat ancaman sebelum itu dan menunggu Aasma di luar rumah bersama abangnya.


Polis kini sedang memburu Mujahid Afridi (Gambar: @ SarahJawadKhan / Twitter)

Bapa Aasma yang berasa sakit hati atas kematian anaknya memberitahu kepada media tempatan ketika dalam rayuan keadilan berkata “Mereka tidak menangkap penjenayah.

"Saya seorang yang miskin tetapi akan keluar ke jalanan dan membantah. Dia juga melakukan jenayah lain sekiranya dibiarkan." 

Berita Antarabangsa melaporkan polis telah melakukan serbuan dalam pencarian Afridi.

Pihak berkuasa dari Agensi Penyiasatan Persekutuan Pakistan dikatakan terlibat dalam pembunuhan itu selepas laporan Afridi cuba melarikan diri dari negara itu. Editor:Farhana

loading...
loading...

0 Response to "Video-Wanita Sempat Menyebut Nama Pembunuhnya Sebelum Meninggal Dunia"

Catat Ulasan