loading...
SUNGAI BESAR – Seorang wanita yang bernama Noraini, 31 telah ditahan di Zon Kuning Hospital Sungai Buloh kerana mengalami patah tulang rahang kanan dan kiri serta retak tulang belakang selepas terlibat dalam kemalangan di tali air Jalan Ban Kenal, Sungai Burong, Tanjung Karang kelmarin.
Semasa kejadian jam 10.43, Noraini sedang memandu kereta Honda Jazz bersama ibunya Nor Zaarah Ithnin, 56 dalam perjalanan ke Parit 5 1/2 Barat, Sungai Besar kemudian kereta mereka hilang kawalan lalu terjunam ke dalam tali air itu.
Mangsa yang bernama Nor Zaarah Ithnin itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Siti Hajar, 34 yang merupakan anak sulung arwah dan kakak kepada mangsa yang merupakan anak keempat itu berkata pada jam 7 pagi di hari kejadian dia menerima panggilan menyatakan neneknya Asiah Khalid, 75, yang tinggal di Parit 5 1/2 Barat meninggal dunia akibat sakit tua.
“Seluruh badan saya lemah dan terasa dunia gelap seketika apabila saya terlihat gambar Honda Jazz yang ditarik keluar dari tali air di Facebook (FB) adalah kereta adik (Noraini)”. katanya
Siti Hajar bersama keluarganya menetap di Kundang, Sungai Buloh bergerak ke rumah arwah nenek di Sungai Besar jam 8 pagi malah dia sempat hubungi adiknya Noraini ketika sampai di pekan Tanjung Karang.
Menurutnya, pada jam 12 tengah hari, emak dan adik beliau tidak kunjung tiba menyebabkan dia serta adik beradik lain gelisah dan persoalan mereka terjawab selepas dia melihat gambar kereta milik Noraini yang ditarik keluar dari air ketika melayari facebook.
Salah seorang daripada saudara mereka telah mengesahkan bahawa ibu dan adiknya telah terlibat dalam kemalangan dan Siti Hajar segera menghubungi ayahnya yang ketika itu menunaikan solat Jumaat di Masjid Kapar.
Suami mangsa yang bernama Bohari Muhammad Saliahan, 64 berkata dia mendengar berita kemalangan isteri dan anaknya itu ketika sedang mendengar Khutbah Jumaat di masjid Kapar.
Katanya, anaknya Siti Hajar menghubunginya berkali-kali dan hanya menangis ketika dia menjawab panggilan itu.
“Hati saya mulai resah dan selepas selesai solat Jumaat, saya hubungi Siti Hajar dan dia minta saya hadir ke bilik mayat Hospital Tanjung Karang.
Waktu itu, saya mengesyaki perkara buruk terjadi ke atas isteri dan anak,” katanya.
Beliau juga berkata, arwah isterinya Nor Zaarah merupakan seorang pengasuh kanak-kanak telah meminta izin untuk pulang ke kampung untuk melihat jenazah ibunya.
“Arwah pulang ke kampung bersama Noraini jam 8 pagi manakala saya menjaga budak jagaannya sehingga jam 12.30 tengah hari sebelum bergerak pulang ke Sungai Besar,” katanya yang reda dengan dugaan itu serta berharap Noraini segera pulih.
Jenazah Nor Zaarah telah dikebumikan bersebelahan kubur ibunya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ijtimaie, Tebuk Pulai, Sabak Bernam selepas solat Maghrib kelmarin. Editor:Farhana
loading...
loading...
0 Response to "14 Gambar- Ibu Maut Manakala Anak Cedera Kenderaan Terbabas Masuk Tali Air"
Catat Ulasan