loading...
JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bakal mengambil tindakan lanjut berhubung aduan yang dikemukakan seorang penulis blog berhubung status jantina sebenar jutawan kosmetik, Nur Sajat.
Memetik sumber, difahamkan langkah itu diambil selepas sebuah rakaman video memaparkan perbualan antara penulis tersebut dengan seorang pegawai JPN menjadi tular di laman sosial pada Isnin.
Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah memberitahu bahawa setiap aduan yang diterima daripada orang awam akan disiasat.
Tak Layan Komen Netizen, 'Rahsia' Sajat Kekal Bahagia
“JPN akan menyiasat aduan penulis blog berkenaan, sebagaimana di dalam rakaman itu mengaitkan video Sajat yang tular.
“Sekiranya terdapat sebarang keraguan, pemilik dan waris yang layak sahaja dibenarkan untuk mendapatkan pengesahan maklumat,” katanya dipetik Mstar Online.
Sementara itu memetik sumber lagi, Sajat ketika dihubungi dikatakan mengambil pendekatan mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut berhubung perkara ini.
Rakaman menyaksikan perbualan pihak JPN dengan penulis itu menjadi tular berikutan tersebar kembali sebuah video memaparkan Sajat memegang dan menunjukkan sekeping kad pengenalan yang didakwa miliknya.
Menerusi rakaman itu juga, ‘wanita’ tersebut turut memaklumkan jantinanya.
Susulan perkara itu, penulis tersebut menghubungi pegawai JPN bagi membuat aduan mengenai identiti Sajat. – MYNEWSHUB.CC/AM
loading...
loading...
0 Response to "#SENSASI ~ Dulu Jakim, Kini JPN Pula ‘Sangkut’ Isu Jantina Sajat"
Catat Ulasan