SinarHairan

Ibu Sabar Baiki Kasut Di Tepi Jalan Selama Dua Dekad Demi Tunggu Kepulangan Anaknya

loading...

BEIJING: Seorang ibu yang telah kehilangan anak nya lebih dari dua dekad sentiasa berada di gerai untuk membaiki kasut dengan harapan supaya dapat bertemu semula dengan kedua-dua orang anak nya yang hilang sudah lebih 20 tahun lalu.

Ibu nya Luo Xingzhen sentiasa mengharap kan supaya kedua-dua anaknya itu pulang kepangkuannya. Mereka di lapor kan telah diculik pada tahun 1996.

Anak lelaki dan anak perempuan nya itu dikatakan hilang secara tiba-tiba di kawasan persimpangan yang sibuk di Duyun,wilayah Guizhou. Sejak dari situ lah anak-anak nya tiada sebarang khabar berita.

Ibu mangsa mengesyaki bahawa anaknya Hu Hualan,7 dan Hu Huabai,5 telah diculik.Oleh sebab itu lah Lou sentiasa berada di gerai itu sekiranya orang ramai menjumpai nya semula.

Suaminya juga tidak pernah berputus asa untuk mencari dua orang anak nya itu setiap hari.

"Jika saya ke tempat lain dan satu hari nanti mereka pulang, mungkin kami tidak dapat berjumpa,"kata Luo.

Dia juga berkata bahawa dia tidak pernah kisah untuk menjalankan perniagaan membaiki kasut di tempat yang sama untuk sedekad lagi dengan harapan dia dapat berjumpa semula dengan anak-anaknya.

Di China, laporan menyatakan terdapat 300,000 kanak-kanak telah hilang.

Laporan daripada Sohu.com hanya sebahagian kecil sahaja kanak-kanak yang berjaya ditemui pada Ogos lalu.

Pihak polis juga menjalankan tugas mereka mencari kanak-kanak yang hilang ini namun gagal ditemui.Editor: Ila






loading...
loading...

0 Response to "Ibu Sabar Baiki Kasut Di Tepi Jalan Selama Dua Dekad Demi Tunggu Kepulangan Anaknya"

Catat Ulasan