loading...
MELAKA- Seorang remaja lelaki ditemui meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel apartmen di Taman Melaka Raya, Melaka, pada tengah malam tadi.
Mangsa yang berusia 16 tahun yang dipercayai tidak lagi bersekolah, hanya bercuti bersama keluarganya dan dijangkakan akan keluar dari hotel terbabit pada hari ini.
Menurut Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad,Ketua Polis Daerah Melaka berkata, kejadian dikatakan berlaku pada 12.30 tengah malam.
"Mangsa yang dikatakan bersama ahli keluarganya seramai enam orang yang berasal daripada Selangor, telah datang ke hotel terbabit untuk bercuti.
"Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 16 melalui tingkap menurut siasatan awal kemalangan ini tidak melibatkan unsur jenayah,"kata Afzanizar.
Berdasarkan maklumat yang berjaya diperolehi daripada ibu mangsa, anaknya itu tidak bersekolah kerana mempunyai masalah kesihatan iaitu "skizofrenia" ianya melibatkan masalah mental yang menyebabkan emosi pesakit tidak menentu sehinggakan boleh mempengaruhi sikap dan perbuatan selain daripada menyebabkan pesakit itu berdelusi.
Mayat mangsa kini dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Editor: Ila
loading...
loading...
0 Response to "7 Gambar Remaja Pesakit Skizofrenia Maut Terjatuh Dari Tingkat 16"
Catat Ulasan