loading...
Seorang ibu sepatutnya menjaga anak yang masih kecil dan memastikan anak itu mendapat penjagaan yang sempurna namun seorang remaja telah bersikap tidak bertanggungjawab apabila keluar berpesta bersama rakan-rakannya dan meninggalkan anaknya dalam kelaparan hingga meninggal dunia.
Sebuah mahkamah telah mengumumkan remaja tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara selama sepuluh tahun.
Bayi yang bernama Egor itu ditemui dalam keadaan hanya tinggal kulit dan tulang serta mata terbeliak.
Suspek yang bernama Viktoria Kuznetsova, 17 yang berasal dari Rostov tidak menunjukkan sebarang riaksi semasa hukuman itu diumumkan.
Menurut laporan, suspek merancang untuk membunuh bayi lelaki yang berusia sembilan bulan ketika dia memulakan kuliah.
Kuznetsova mengambil kesempatan untuk membunuh bayi itu dengan cara meninggalkannya apabila suaminya pergi ke perkhidmatan ketenteraan.
Dia pergi berpesta bersama rakan-rakanya dan tinggal di asrama pelajar selama seminggu dan hanya pulang ke rumah sekali untuk memberi air kepada anjing peliharaannya namun tidak menghiraukan bayinya.
Viktoria Kuznetsova menerima hukuman 10 tahun penjara atas kematian anaknya (Gambar: VK.com)
Hakim memutuskan bahawa penyebab kematian bayi itu adalah kerana mengalami dehidrasi dan kelaparan.
"Apabila bayi itu ditemui di dalam rumah Viktoria, dia sudah meninggal, walaupun matanya masih terbuka luas," kata hakim itu.
"Menurut sebuah pusat bedah siasat, bayi itu hanya tinggal kulit dan tulang kerana organ-organ dalaman bayi itu ditutup satu demi satu kerana kekurangan makanan dan air.”
Saluran berita NTV berkata, Jiran-jiran mula mengesyaki sesuatu apabila tidak melihat Kuznetsova atau Egor lalu membuat laporan polis.
Mayat bayi ditemui di sebuah rumah di Rostov, Rusia utara (Gambar: Google)
Mayat bayi lelaki itu ditemui di dalam rumah oleh pihak polis.
Menurut laporan, Kuznetsova memberitahu kawan-kawannya bahawa bayi itu ditinggalkan bersama ibu saudaranya.
Remaja itu juga dibawa ke media sosial untuk berbual dengan "Nastya" ketika selepas berita kematian bayi itu.
Laporan mengatakan remaja itu mengaku kepada polis atas kesalahan yang dilakukan dan berkata dia telah memberi bayi itu kepada rumah anak yatim ketika dia berumur sebulan namun rumah anak yatim kembalikan semula bayi itu kepadanya. Editor:Farhana
loading...
loading...
0 Response to "Remaja Pergi Berpesta Dan Biarkan Anaknya Kelaparan Hingga Meninggal Dunia"
Catat Ulasan