SinarHairan

Ibu Mertua Minta Duit RM200 Tiap Bulan, Padahal Gaji Suami Baru 5K, Takkan Kami Nak Makan Pasir.

loading...

Satu status telah di muat naik di laman sosial milik Kisah Rumah Tangga apabila seorang wanita yang tidak diketahui identitinya telah meluahkan rasa yang terpendam di dalam dirinya.

Status itu telah di muat naik pada hari Khamis yang lalu di mana dia menceritakan mengenai kisah mertuanya sendiri.

Ceritanya bermula apabila dia memberitahu bahawa mertuanya itu asyik meminta duit daripada suaminya.

"Macam mana nak buat kalau mak mertua asyik minta duit?"

"Dia je 1 bulan minta RM 200. Dia sorang je min, perlukah duit sebanyak itu?"

Menurut status tersebut, wanita itu menyatakan bahawa dia berasa agak geram dan marah dengan tindakan yang dilakukan oleh ibu mertuanya itu.

Rasa marahnya itu semakin tinggi apabila suaminya itu terus sahaja memberikan wang yang diminta tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

Dalam pada masa yang sama, dia juga menyatakan bahawa gaji suaminya itu baru lima ribu dan dia juga khuatir jika gaji suaminya itu tidak cukup buat mereka sekeluarga.

Dia juga turut menekankan bahawa suaminya itu perlulah mendahului nafkah isteri dan anaknya terlebih dahulu sebelum nafkah ibu bapanya.

Tetapi, suaminya itu dikatakan tidak mengendahkan cakap isterinya dan wanita itu juga menyoalkan bagaimana jika tindakan suaminya itu tidak diredhai oleh dirinya sendiri.

Bagaimana pun, tindakan wanita dilihat seperti riak dan bongkak untuk membahagikan rezeki kepada ibu mertuanya sendiri.

Apa kata anda mengenai status wanita ini? Sumber: Kisah Rumah Tangga, Editor: Amira


loading...
loading...

0 Response to "Ibu Mertua Minta Duit RM200 Tiap Bulan, Padahal Gaji Suami Baru 5K, Takkan Kami Nak Makan Pasir."

Catat Ulasan