loading...
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan nama Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia bt. Zainal Abidin yang merupakan seorang pelakon wanita terkenal di Malaysia .
Nad Zainal dilahirkan pada 16 Mei 1990 dan juga berasal dari Kajang, Selangor. Nama nya yang mula meningkat naik menerusi drama berjudul Impian atau Sunsilk Impian pada tahun 2018. Beliau mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 bersama pasangan hati nya Muhammad Faliq dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim.
Wanita yang mempunyai kerjaya sememangnya mempunyai masalah untuk meninggal kan anak kecil. Nad juga mengalami masalah yang sama. Di atas dasar kerja, Nad terpaksa meninggal kan anak kecil nya bersama suami mahu pun penjaga. Segala keperluan anak kesayangan nya telah pun disediakan sebelum dia menyelesaikan segala tugasan. Ia nya bagi mengelakkan sebarang masalah timbul apabila dia berjauhan dengan anak nya nanti.
Ibu mana yang sanggup meninggal kan anak kecil di rumah tanpa belaian manja dari seorang ibu. Perkara ini lah yang berlaku terhadap Nad.Oleh kerana, terpaksa berjauhan dengan anak nya sesetengah netizen mendakwa Nad sengaja tidak mahu menyusukan anaknya selepas dia meminta tip untuk memutuskan susuan di laman sosial.
Nad dikatakan telah meminta tips di laman Instagramnya daripada pengikut tentang cara memberhentikan penyusuan badan. Ternyata pertanyaan itu telah disalah ertikan oleh sesetengah pengikutnya dan menganggap Nad sebagai seorang ibu yang kejam.
Tulisnya di laman Instagram "Terima kasih kepada yang beri cadangan, setiap ibu ada masalah berbeza, Yem ok dengan susu formula, cuma dia masih nak melekat dengan mak dia dan kerja saya kena travel, tak semua tempat ada peti ais."
"I marah gila bila orang mula marah mak-mak tak mahu breastfeeding. I kalau ada 24 jam I susukan OK? Serius menyampah baca komen. come on la, mana ada mak sanggup buat anak terseksa. Dah tulis pun kapsyen untuk outstation."
Ujarnya lagi dia bukan sengaja mahu memisahkan anak nya dari menyusu badan.Tujuan nya adalah supaya mudah apabila anak itu dibawah jagaan ayahnya apabila dia ke mana-mana atas dasar kerja.
Selain itu Nad mahu memisahkan susu badan bukan lah secara mengejut tetapi secara perlahan-lahan sehingga anak nya itu boleh menerima susu campuran. Sumber:Mstar. Editor: Ila
loading...
loading...
0 Response to "Gara-gara Memuat Naik Tips Cara Memutuskan Penyusuan, Nad Zainal Teruk Di Kecam Netizen"
Catat Ulasan