SinarHairan

8 Gambar Perkelahan Bertukar Tragedi

loading...

TAPAH: Seorang remaja lelaki dipercayai merupakan salah seorang penuntut di Kolej Profesional Mara di Seri Iskandar telah ditemui lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Air Terjun Lubuk Degong, Bidor, hari ini.

Mangsa iaitu Wan Muhamad Izzad Wan Razani, 19, telah lemas selepas mangsa dikatakan telah terjun di kawasan lubuk air terjun berkenaan kira-kira pada jam 1.05 tengah hari sebelum mayatnya ditemui pada jam 2.05 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah datang ke kawasan berkelah terbabit bersama 10 orang rakannya.

Mereka dikatakan memilih kawasan terbabit untuk berkelah dan mandi sebelum mangsa dipercayai terjun ke kawasan lubuk yang dalam.

Sebaik sahaja terjun, mangsa dilihat terkapai-kapai oleh rakan-rakannya sebelum tenggelam dan hilang dari pandangan menyebabkan rakan-rakannya itu mula mendapatkan bantuan daripada orang awam sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa.

Tambahnya lagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa kemudiannya dijalankan oleh pihak polis dan bomba dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

"Mayat mangsa kemudiannya ditemui 2.05 petang di lokasi sama dalam keadaan tersangkut pada batu di dalam air dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.”

"Keluarga mangsa yang berada di Terengganu sudah dimaklumkan dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Mangsa juga dikatakan adalah anak kepada Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 6, Wakaf Tapai, Marang iaitu Superintendan Wan Razani Wan Ibrahim. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira









loading...
loading...

0 Response to "8 Gambar Perkelahan Bertukar Tragedi"

Catat Ulasan