SinarHairan

Disedut Masuk Kedalam Mesin MRI, Lelaki Tersebut Maut

loading...

MUMBAI – Seorang lelaki telah menemui ajalnya apabila disedut ke dalam mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di sebuah hospital di Mumbai.

Mangsa yang bernama Rajesh Maru, 32, telah membawa sebuah silinder oksigen apabila dia menemani seorang saudaranya ke bilik MRI di Hospital Kebajikan BYL Nair Charitable.

Tarikan magnet MRI yang kuat itu telah menyedutnya sebaik sahaja dia memasuki bilik itu.

Maru tidak dapat melepaskan dirinya kerana tangannya tersepit dan melekat seperti 'dipaku' di antara mesin MRI dan silinder oksigen yang dibawanya.

Pesakit yang ditemani mangsa telah menjerit untuk meminta bantuan, kemudian beberapa orang lelaki segera masuk lalu menarik mangsa sehingga berjaya keluar daripada mesin itu.

Maru dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan, namun nyawanya tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Menurut laporan NDTV, saudara Maru yang bernama Harish Solanki berkata salah seorang kakitangan telah memberitahu tidak perlu membawa silinder oksigen masuk ke dalam bilik MRI.

“ Mereka sudah memberitahunya bahawa benda-benda logam tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik MRI, namun dia berkata tidak mengapa kerana kami melakukannya setiap hari. Kakitangan itu juga mengatakan bahawa mesin itu telah dimatikan, doktor dan juruteknik tidak mengatakan apa-apa.

“Sebaik sahaja Maru masuk dengan silinder itu, mesin MRI itu berfungsi. Maru disedut dan tangannya terpaku di antara mesin MRI dan silinder. Badannya tersepit dan dia tidak dapat bercakap. Disebabkan kecuaian, Maru telah mati, ” kata Solanki.

Menurut laporan media, tiga kakitangan hospital termasuk seorang doktor, pembantu dan jururawat ditahan untuk siasatan lanjut di atas kes kecuaian.  Sumber:MalaysiaGazette , Editor:Farhana
loading...
loading...

0 Response to "Disedut Masuk Kedalam Mesin MRI, Lelaki Tersebut Maut"

Catat Ulasan