SinarHairan

Gara-Gara Bengkak Ezatty Terpaksa Dibedah

loading...

SEORANG pelakon wanita Ezatty Abdullah, 27, terpaksa menjalani pembedahan segera jam 4 petang tadi, hari ini di sebuah hospital swasta.

“Saya menjalani pembedahan payu dara kerana mengalami bengkak susu. Bengkak itu sudah lama dan mula bernanah. Biasanya kalau bengkak susu, saya pam akan okey".

“Tapi kali ini apabila pam, tak okey. Saya sudah ikut semua petua yang ada. Balik saja dari Singapura semalam, ia menjadi semakin teruk,” katanya

Katanya, doktor cuba memberi rawatan biasa dengan menyuntik keluar lebihan susu pagi tadi malangnya bengkak dialami semakin teruk.

Katanya lagi, dia perlu menjalani rawatan mencuci luka setiap hari selama seminggu selepas dibenarkan keluar daripada hospital, esok.

Pasangan pelakon itu berkahwin pada Julai 2016, Ezzaty dan suaminya, Azwan Kombos dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Harum Dahlia pada 6 Disember tahun lalu. Sumber: Harian Metro - Editor: Amylea Nazrul



loading...
loading...

0 Response to "Gara-Gara Bengkak Ezatty Terpaksa Dibedah"

Catat Ulasan