SinarHairan

Saya Jadi Takut, Mereka Suruh Saya Kahwin 4

loading...

Seorang lelaki yang tidak dikenali identitinya menceritakan bagaimana kisahnya bersama isteri yang menyuruhnya berkahwin empat.

Lelaki tersebut memulakan kisahnya apabila dia mula berkahwin dengan isteri pertama pada tahun 2004 ketika umurnya 30 tahun dan isterinya itu berumur 25.

Setelah dua tahun berkahwin, isteri lelaki itu mencadangkan dia berkahwin satu lagi walaupun dia berasa sudah cukup dengan seorang isteri.

Isteri beliau terus mendesak agar dia setuju dengan cadangan itu lalu melamar seorang janda beranak satu yang berumur 21 kerana kematian suami.

Mereka berkahwin dan kehidupan rumah tangga berjalan dengan baik dan tidak pernah ada salah faham dan pergaduhan walaupun hidup bermadu.

Setelah empat tahun, kedua-dua isterinya mencadangkan supaya dia berkahwin satu lagi dan berpakat untuk mencari isteri baru untuk suami mereka.

Dia menolak cadangan itu sambil berkata "sudah la, aku berkahwin dengan kamu berdua pun aku rasa sudah tidak mampu berlaku adil,aku bimbang nanti akan memberatkan hisabku di mahsyar kelak."

Kemudian kedua isterinya menjawab "kami redha, kami merasa abang sudah terlalu adil, kami ingin mencarikan seorang lagi isteri untuk abang”.

Kedua-dua isterinya itu memaksa dan mencadangkan janda yang berumur 23 tahun namun tiada anak.

Akhirnya lelaki itu mengalah dan berkahwin dan selepas 6 tahun hidup berpoligami isteri-isteri serta anak-anaknya semakin rapat tanpa ada masalah di antara mereka kerana setiap hari selepas solat maghrib, lelaki itu akan kumpulkan kesemua isteri dan anaknya untuk kegiatan ta’lim, tausiyah keluarga, belajar al-Quran dan membina silaturahim.

Pada suatu hari lelaki itu dikejutkan dengan satu lagi cadangan baru dari mereka iaitu ketiga-tiga isterinya mahu dia berkahwin lagi.

Beliau kebingungan dan bimbang dengan cadangan itu kerana takut tidak boleh berlaku adil.

Akhirnya di tengah kebingungan itu, beliau terjaga daripada tidur dan ianya adalah satu mimpi.
Editor:Farhana
loading...
loading...

0 Response to "Saya Jadi Takut, Mereka Suruh Saya Kahwin 4"

Catat Ulasan