loading...
CHINA- Seorang pelajar cemerlang yang berusia 11 tahun, di perkosa oleh seorang pegawai keselamatan sekolahnya beberapa kali dalam tempoh dua tahun, menurut pihak polis.
Suspek bernama Liu Baoming yang tinggal di bandar yang sama dan bekerja di sekolah Lele sebagai pengawal keselamatan. Malah suspek sudah pun berkahwin dan berusia didalam lingkungan 50-an ,telah pun ditangkap oleh pihak polis Biyang kerana disyaki merogol gadis dibawah umur.
Keluarga mangsa tidak mengetahui bahawa dia mengandung. Kandungannya kini sudah pun genap lima bulan.Selain itu keluarga mangsa juga telah mengaturkan satu temu janji bersama doktor untuk proses pengguguran bayi nya.
Keluarga Lele tidak sedar bahawa anak gadisnya telah dirogol di sekolah sehingga keadaan fizikal menunjukkan dia mengandung menurut sebuah saluran berita yang bergabung dengan Jawatan kuasa Kerja Perintis Muda China.
Ibu mangsa yang melihat anak nya itu seperti tidak bermaya membawanya ke klinik untuk pemeriksaan pada 15 Januari. Ibu gadis itu seakan terkejut apabila mendapat tahu bahawa anaknya itu mengandung.
Lela yang berusia sembilan tahun ketika dia pertama kali diperkosa,kata salah seorang dari ahli keluarganya mendedahkan kepada wartawan.
Ahli keluarga Lela memberitahu pada masa itu, Lele sedang bermain di taman permainan sekolah tiba-tiba ditarik ke tangga oleh seorang pengawal keselamatan lalu mangsa diperkosa.
Keluarga Lele juga mendakwa bahawa Lele telah dirogol beberapa kali di sekolah oleh orang yang sama dalam dua tahun berikutnya.
Lele telah diseret ke sebuah bangunan terbengkalai dan diperkosa pada musim panas lepas.
Kad berkenaan menunjukkan Lele dilahirkan pada tahun 2006, dan belum berumur 12 tahun lagi.
Lela yang merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolahnya, tetapi didalam dua tahu terakhir gadis itu dikatakan menjadi seorang pelajar yang sangat pendiam.
Laporan juga menyatakan bahawa Liu telah mengakui merogol Lele di sebuah bangunan terbengkalai pada bulan Julai, 2017.
Dalam laporan laman berita China The Paper, Lele berusia 11 tahun itu disahkan menjadi 21 minggu hamil selepas imbasan ultrasound semalam.
Wang Chunkui, guru besar Sekolah Rendah No. Magutian, memberitahu seorang wartawan tempatan bahawa Encik Liu berusia 50-an, mempunyai isteri dan seorang anak.
'Dia telah bekerja di sekolah selama kira-kira lima hingga enam tahun. Apa yang dia lakukan ialah menjaga keselamatan sekolah dan keselamatan pelajar, "kata Wang.
Wang juga menyebut bahawa dia tidak menerima apa-apa aduan daripada Lele atau keluarganya dalam tempoh dua tahun yang lalu.
Kes ini masih didalam siasatan pihak polis. Editor: Ila
loading...
loading...
0 Response to "Video - Gadis 11 Tahun Di Perkosa Pengawal Keselamatan"
Catat Ulasan