loading...
Satu kejadian menyayat hati telah berlaku di mana seorang lelaki dipercayai telah tergantung di sebatang pokok di kawasan tepi sungai di mana mayatnya itu telah ditemui oleh orang yang melalui kawasan terbabit.
Kejadian ini dipercayai berlaku hari ini di kawasan Bukit Angin, Temerloh, Pahang.
Kes ini bagaimanapun tidak dapat diklasifikasikan lagi sama ada sebagai kes bunuh ataupun mangsa membunuh diri.
Sebaik sahaja mangsa ditemui, satu laporan polis telah dibuat dan pihak polis tiba ditempat kejadian dan mereka mendapati bahawa tali masih lagi berada di leher mangsa.
Mangsa dikatakan bernama Muhammad Ridzuan Bin Khailizar dan alamatnya adalah No 51 Jalan Nipah, Taman Rimba 28400 Mentakab, Pahang.
Orang ramai yang mengenali mangsa diminta tampil ke balai polis untuk tindakan lanjut.
Mangsa segera dibawa ke hospital yang berhampiran untuk dibedah siasat.
Kes ini akan segera disiasat untuk mengetahui punca berlakunya kejadian ini dan tangkapan suspek akan dibuat jika kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Editor: Amira
loading...
loading...
0 Response to "14 Gambar Lelaki Di Temui Mati Tergantung Selepas Solat Jumaat Di Temerloh"
Catat Ulasan