SinarHairan

Ibu Minta Bantuan Kesan Anak Hilang

loading...

SUNGAI PETANI - Seorang ibu meminta bantuan orang ramai untuk mengesan anak perempuannya yang dikatakan keluar daripada rumah dengan membawa beberapa helai pakaian.

Dalam kejadian seawal pagi, remaja tersebut, Nur Syarini Shahromzi, 15, dikatakan telah keluar daripada rumah dengan membawa beberapa helai pakaian namun sehingga kini beliau tidak dapat dikesan.

Ibu remaja tersebut, Rosnani Basriron berkata bahawa laporan polis belum dibuat kerana belum cukup 24 jam.

Dia juga bimbang akan keselamatan anaknya yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Tungku Ismail, sehingga kini anaknya masih tidak dapat dikesan.

Sesiapa yang ternampak atau mempunyai maklumat mengenai remaja tersebut boleh menghubungi nombor 017-5721449 (ibu) ataupun 017-5140950 (abang). Editor: Atila Atasha


loading...
loading...

0 Response to "Ibu Minta Bantuan Kesan Anak Hilang"

Catat Ulasan