loading...
BUDAK lelaki yang berusia lima tahun melecur setelah dipercayai disimbah air panas oleh teman lelaki ibunya. Kejadian berlaku di jalan Oya Sibu, di sini malam tadi.Suspek yang berusia 50 tahun itu bertengkar dengan ibu mangsa di bilik sewa mereka kira-kira jam 10 malam, Suspek berang lalu menyimbah air panas ke atas peha mangsa.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zailanni Amit, berkata sejurus kejadian, mangsa dibawa oleh ibunya ke restoran terletak di tingkat bawah bilik sewa berkenaan bagi mendapatkan bantuan. Jiran -jiran yang turut melihat kejadian turut bersimpati.
Pelanggan restoran yang simpati melihat keadaan dua beranak itu segera menghubungi ambulans sebelum mereka dibawa ke Hospital Sibu.
"Mangsa kini dilaporkan stabil, namun pemeriksaan lanjut mendapati kanak-kanak itu mengalami kesan melecur yang serius pada kedua-dua pahanya,"
Satu laporan polis telah dibuat oleh pasukan perubatan Hospital Sibu berhubung insiden berkenaan pada jam 3.30 pagi tadi. Ini kemungkinan kanak-kanak berkenaan turut menjadi mangsa dera.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 200 ,"Susulan laporan itu, polis menahan suspek di bilik sewanya kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi untuk siasatan lanjut," katanya. Sumber: Berita Harian - Editor: Amylea Nazrul
loading...
loading...
0 Response to "Budak 5 Tahun Didera oleh kekasih ibu"
Catat Ulasan