SinarHairan

Gadis Kongsi Tips Kecantikan Menggunakan Bahan Semula Jadi

loading...


Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja
yang boleh membuatkan kulit mereka kelihatan cantik lebih-lebih lagi kulit yang sihat dan bebas jerawat.

Seorang wanita yang bernama Brianna Lopez telah memuat naik gambar sebelum dan selepas menangani keadaan kulitnya dan membuat satu perkongsian melalui Instagramnya mengenai bahan-bahan semula jadi yang sesuai untuk kecantikan dan kesihatan kulit.

Teruskan membaca untuk mengetahui lebuh lanjut tentang bahan-bahan yang boleh digunakan sebagai rutin harian dan diingatkan walaupun bahan tersebut banyak khgasiatnya namun ia mungkin tidak berfungsi kepada semua orang kerana ia bergantung kepada jenis kulit dan gaya hidup seseorang.

Menurut Brianna dia menanggalkan solekannya dengan menggunakan minyak Jojoba dan mengelapkannya dengan kain yang dibasahkan dengan air suam.


Dia membuatkan 'mask' menggunakan kunyit , kulit kayu manis, madu asli mentah sebagai rawatan tambahan untuk kulitnya.

Menurutnya lagi, dia menggunakan bahan-bahan ini sebagai rutin penjagaan kulit pada waktu malam apabila dia memakai alat solek pada siang hari.

Ketiga bahan ini merupakan ramuan anti radang yang boleh membantu mengecutkan jerawat yang sedia ada dan melawan bakteria daripada membiak ke kulit wajah.

Madu Mentah Milea, P115/345g,

Selain ramuan madu, kunyit dan kulit kayu manis, Brianna juga menggunakan 'masker' tanah liat sulfur + bentonit untuk menyedut minyak dan mengecutkan jerawat.

Aztec Secret Indian Healing Clay Mask, P495, Healthy Choice

Dia juga menggunakan serum rosehip+lobak merah dan minyak lavender sebagai pelembab kulit kerana minyak rosehip mempunyai khasiat penyembuhan kulit yang pelbagai serta boleh mengubati jerawat.


Human Nature Pure Rosehip Oil, P750, Beauty Bar

Brianna juga merawat jerawatnya menggunakan mentega mentah dan ramuan itu boleh mempercepatkan proses penyembuhan parut jerawat.


Raw, Unrefined shea butter, P189, SheaButterPhilippines.com

Sudah tentu 'pelindung matahari' adalah salah satu bahan untuk melindungi kulit dan Brianna memilih 'pelindung matahari' yang organik.

Brianna juga menunjukkan suplemen herba yang diambilnya dan turut merujuk pakar dan tidak pernah membuat keputusan sendiri untuk memilih produk serta mengamalkan diet yang sihat dan tidak memakan daging kecuali ikan. Editor:Farhana





loading...
loading...

0 Response to "Gadis Kongsi Tips Kecantikan Menggunakan Bahan Semula Jadi"

Catat Ulasan