loading...
Peru: Seorang wanita yang dipercayai berasal dari Sepanyol dilaporkan telah hilang semasa percutiannya ke Peru baru-baru ini.
Bagaimanapun, baru-baru ini wanita terbabit dikatakan telah meninggal dunia ketika melakukan satu aktiviti lasak iaitu zipline dan apa yang mengejutkan adalah mayatnya telah dibuang ke dalam sungai.
Pengakuan mengejutkan itu diberitahu oleh seorang pengusaha aktiviti zipline di Andes apabila dia memberitahu bahawa dia telah membuang wanita terbabit ke dalam sungai sejurus sahaja kematiannya.
Mangsa yang dikenali sebagai Nathaly Slazar, 28 dilaporkan sedang bercuti di Peru sebelum dia dikatakan hilang secara tiba-tiba.
Sebelum kejadian berlaku, Nathaly dikatakan telah mengunjungi tapak arkeologi Moray dan dia juga turut membuat persediaan untuk ke Cacllaracay tetapi sebelum bertolak dia dikatakan telah mencuba zipline yang dikatakan sebagai zipline terpanjang di dunia.
Aktiviti zipline itu dikatakan telah menjadi tarikan utama pelancong kerana ia memaparkan pemandangan indah Lembah Suci Incas.
Bagaimanapun, selepas dia mencuba aktiviti terbabit, kepala mangsa dikatakan mengalami kecederaan namun sebab kecederaan tersebut tidak dapat dikenal pasti.
Selepas itu, dia dilaporkan hilang selepas mencuba zipline sekali gus telah menyebabkan pihak berkuasa segera melakukan misi pencarian untuk mengesan mangsa.
Sebelum itu, seorang pengusaha dan seorang pekerja The Flight of the Condor Zip-line ini telah memutuskan untuk menyembunyikan mayat Nathaly di dalam sebatang sungai di sebuah kawasan terpencil yang dikenali sebagai Paucarbamba.
Setelah Nathaly dilaporkan hilang sejak 2 Januari yang lalu, pihak berkuasa tempatan melakukan pencarian ke atas Nathaly di sekitar kawasan Sungai Vilconate hingga ke Urubamba.
Sebaik sahaja mayatnya ditemui, pihak polis bertindak menangkap kedua-dua individu yang menguruskan zipline dan pihak polis mendapati bahawa keterangan yang diberikan oleh suspek adalah berbeza.
Salah seorang daripada suspek memberitahu bahawa Nathaly telah terhantuk pada sebuah tiang dan salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa Nathaly telah memanjat di atas kabel dan terus berlalu pergi.
Dalam pada masa yang sama, mereka juga turut mengakui bahawa mereka telah memecahkan telefon bimbit milik Nathaly dengan menggunakan batu apabila telefon itu mula berdering.
Ibu kepada Nathaly iaitu Alejandra Ayala yang tinggal berdekatan pekan Cuzco juga turut membantu pihak berkuasa mencari anaknya itu.
Menurut ibunya, pada asalnya Nathaly mengakui bahawa dia sihat dan bahagia apabila dia menghubungi Nathaly pada 31 Disember yang lalu.
Nathaly juga dikatakan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan fizikal dan merancang untuk mengembara ke seluruh Peru tetapi, hajatnya tidak kesampaian apabila tragedi tersebut menimpa dirinya.Sumber: Siakap Keli, Editor: Amira
loading...
loading...
0 Response to "Pengusaha Sukan Lasak Sembunyikan Kematian Pelancong"
Catat Ulasan