loading...
Tahi lalat itu bukannya tahi lalat yang biasa tetapi kanser yang besar kini terpaksa menjalani rawatan bagi menyelamatkan nyawanya, melibatkan kulit muka yang ditegangkan seperti belon.
Satu-satunya cara untuk menyelamatkan wanita itu, Xiao Yan, yang berusia 23 tahun adalah dengan membentuk tisu muka yang baru dengan bantuan pakar bedah di China.
Rawatan berkenaan yang dijalankan di sebuah hospital di Shanghai itu terpaksa dilakukan selepas tahi lalatnya mula sakit pada penghujung Mac lalu.
Berikutan itu doktor memberi amaran bahawa sel kanser sedang berkembang. Susulan itu, doktor telah menjanjikan `muka baru’ untuk Xiao Yan apabila proses rawatan itu berakhir.
Namun di sebalik tahi lalat yang besar itu, Xiao Yan berkata, dia menikmati masa kecilnya dengan bermain bersama-sama rakannya.
“Namun apabila saya semakin membesar, tahi lalat itu semakin kelihatan hingga memaksa ibunya merayu kepada penduduk kampung supaya tidak mengejeknya,’’ kata Xiao Yan.
“Sepanjang bulan pertama rawatan, muka saya sangat sakit kerana kulit yang mengembang sebesar saiz telur itu terpaksa disuntik. Saya rasa seperti mahu menghempas muka saya ke dinding,’’ katanya.
Selepas mendapatkan pandangan daripada seorang doktor pada tahun lepas, keluarga Xiao Yan kemudiannya mengumpul wang sebanyak £11,177 (RM 6850.33) untuk rawatan fasa pertama di Shanghai, yang bermula sejak Oktober tahun lepas. Sumber: Mynewshub - Editor: Amylea Nazrul
loading...
loading...
0 Response to "Wajah Membengkak Seperti Belon Gara-Gara Tahi Lalat Yang Merupakan Kanser"
Catat Ulasan