SinarHairan

Video Mengejutkan Seorang Wanita Tanpa Seurat Benang Baring Di Hadapan Bas.

loading...

LONDON: Seorang wanita yang tidak diketahui identitinya dilihat tanpa memakai pakaian berbaring di bawah sebuah bas di Ilford, Timur London.

Wanita tersebut yang tidak mengenakan apa-apa pakaian kecuali memakai seluar dalam berwarna hitam, dilihat sedang ketawa apabila dia berbaring di bawah sebuah bas bernombor 364 yang terpaksa berhenti sementara lampu kenderaan tersebut menghala ke jalan yang gelap.

Video mengenai kejadian itu tular dua hari yang lalu apabila seorang pemandu yang menaiki kenderaan lain telah merakam aksi yang disifatkannya sebagai aksi yang bodoh.

Rakaman itu bermula apabila lelaki terbabit memandu melalui tempat kejadian dan berkata, “Sekali dalam seminggu, kamu akan lihat wanita itu berada di bawah bas. Kejadian ini berulang lagi tetapi kali ini dia dalam keadaan bogel.”

Menerusi video tersebut, wanita tersebut dilihat cuba melindungi dadanya dengan sebelah tangan manakala tangannya yang satu lagi digunakan untuk menutupi mukanya.

Namun, apabila dia melihat gelagatnya itu sedang dirakam, dia melepaskan tangan yang menutupi mukanya dan tersenyum kepada kamera.

Pemandu tersebut kemudiannya menambah, “Lihat dia. Seminggu sekali kamu tahu. Seminggu sekali dia akan melakukan perkara ini.”

Bagaimanapun, rakaman tersebut dikatakan tidak jelas tetapi ianya telah di muat naik ke laman sosial Instagram pada Isnin yang lepas di mana rakaman tersebut telah ditonton lebih daripada 177,000 tontonan.

Rata-rata pengguna laman sosial juga turut meninggalkan maklum balas mengenai kejadian tersebut untuk menyokong tuntutan pemandu di mana satu pengguna laman sosial mengulas, “Mumzy hanya memberitahu saya dia turut melihatnya melakukan perbuatan yang teruk ini.

Sementara itu, salah seorang pengguna lagi menulis, “Wanita tersebut adalah wanita yang sama ketika di selatan London. Dia telah menghalang jalan di Peckham dan polis tidak pula menahannya. Orang ramai yang terpaksa mengheretnya untuk keluar daripada bawah bas.”

Bas bernombor 364 itu dikatakan memulakan perjalanan daripada Jalan Hainault, Ilford ke Jalan Ballards, Timur Dagenham.

Setakat ini, menurut portal berita Mail Online, pihak mereka sedang berusaha untuk menemu ramah syarikat bas Go Ahead untuk bertanya jawapan dan maklum balas mereka mengenai isu terbabit. Sumber: Daily Mail, Editor: Amira








loading...
loading...

0 Response to "Video Mengejutkan Seorang Wanita Tanpa Seurat Benang Baring Di Hadapan Bas."

Catat Ulasan