loading...
Satu kejadian menyayat hati telah berlaku yang mana ia membabitkan seorang wanita yang dipercayai mengalami sakit jiwa apabila dia telah melahirkan seorang bayi di Jalan Karya Wisata, Medan, Indonesia, hari ini.
Kejadian itu dikatakan telah berlaku di kaki lima di hadapan kedai dan berdekatan dengan jalan apabila dia dipercayai menjadikan tempat tersebut sebagai tempat untuknya berehat.
Walaupun wanita tersebut mengalami sakit jiwa tetapi masih ada lagi manusia yang sanggup membantunya.
Peristiwa itu dikatakan berlaku pada waktu pagi dan orang ramai yang melihat kejadian itu dilihat turut membantu wanita terbabit dan berusaha sehabis mungkin untuk menyelamatkan bayi yang dilahirkannya.
Wanita tersebut dilihat tersenyum ketika kejadian itu berakhir dan rata-rata wanita yang menyelamatnya berasa lega kerana bayi itu sempat diselamatkan.
Bagaimanapun, bayi dan wanita itu terus dibawa ke hospital yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Semoga bayi itu dan ibunya dalam keadaan selamat dan semoga orang ramai yang membantunya itu sentiasa dirahmati. Editor: Amira
loading...
loading...
0 Response to "Video - Ibu Melahirkan Bayi Di Tepi Kaki Lima Kedai"
Catat Ulasan