SinarHairan

[VIDEO] Afdlin Shauki Kongsi Kisah Paling Sedih, Buat Orang Sebak & Geram!

loading...

Datuk Adlin Shauki memuat naik video di laman Instagramnya memaparkan kesedihan beliau.

Melihat lingangan air mata Afdlin ia membuatkan perasaan orang yang menonton video tersebut tersentuh.

Orang yang menonton video tersebut menyangkakan sesuatu yang buruk telah terjadi, namun setelah menonton hingga habis rupanya ia sesuatu yang melucukan.

Afdlin kelihatan sangat risau akan kesihatan kucingnya.

Walaupun terlihat lucu, Afdlin menjelaskan hanya pencinta kucing sahaja yang memahami situasinya.

Afdlin mengaku sungguh terkilan dan sebersalah kerana terlepas pandang tentang kesihatan kucingnya itu kerana terlalu sibuk dengan jadual pengambaran.

Tambahan lagi, dia sangkakan kucingnya itu hanya sakit biasa rupa-rupanya penyakit kucing itu boleh mendatangkan maut.

Afdlin juga memohon maaf kerana menimbulkan kekeliruan pada orang ramai kerana video tersebut.

Dalam masa yang sama, Afdlin telah memberitahu kepada pengikut Instagramnya salah seekor kucingnya telah memenangi tempat ke 2 dalam pertandingan International Cat Show di Putrajaya.

Semoga kucing Afdlin yang sedang sakit itu sembuh seperti sedia kala dan tahniah juga buat beliau atas kemenangan kucingnya yang bernama Bobby itu.








loading...
loading...

0 Response to "[VIDEO] Afdlin Shauki Kongsi Kisah Paling Sedih, Buat Orang Sebak & Geram!"

Catat Ulasan