SinarHairan

Surat Kanak-Kanak Leukemia Buat Ayahnya Menangis

loading...

CHINA: Gara-gara sekeping surat, hati seorang bapa tersentuh kerana surat tersebut merupakan surat yang istimewa buat dirinya.

Surat terbabit dianggap istimewa kerana ianya telah ditulis oleh seorang kanak-kanak yang berusia tujuh tahun yang mana dipercayai menghidap penyakit leukemia.

Dalam pada masa yang sama, ia juga turut menyentuh jiwa masyarakat setempat di mana mereka bersedih dengan keadaan yang menimpa kanak-kanak terbabit dan mereka juga turut menghulurkan sumbangan rawatan untuknya yang sehingga kini bernilai 6000,000 yuan (RM369, 103).

Menurut sebuah laporan daripada portal berita K618.cn, surat tersebut telah ditulis oleh Zhang Jiaye yang dipercayai berasal dari sebuah kampung yang berhampiran dengan Jiamusi di Heilongjian.

Namun begitu, bapa kepada kanak-kanak terbabit langsung tidak mengetahui bagaimana surat tersebut boleh tersebar kerana dia dikatakan telah mendapat banyak sumbangan daripada masyarakat yang prihatin dengan nasib yang menimpa anaknya itu.

"Ayah, saya nampak ayah menangis. Saya saya sangat sedih. Saya tahu ayah telah banyak membelanjakan duit untuk rawatan saya.”

"Ayah sudah kehabisan duit. Emak juga telah pergi. Ia disebabkan saya. Jika saya pergi, emak mesti kembali dan ayah akan gembira seperti sebelum ini.”

"Saya tidak mahu dirawat lagi. Mari kita balik ke rumah, boleh?" tulis kanak-kanak terbabit di dalam suratnya.

Difahamkan, Jiaye telah disahkan menghidap leukemia pada bulan Mei 2016 dan sehingga kini dia masih lagi menerima rawatan di hospital.

"Saya berasa seperti awan jatuh," ujar ayahnya, Zhang Mingliang.

Ayahnya juga memberitahu bahawa anaknya itu telah menerima 18 jenis rawatan dalam tempoh setahun dengan kos sebanyak 590,000 yuan, dan akibat daripada perkara ini, keluarga kanak-kanak terbabit dikatakan berdepan dengan masalah kewangan.

Bagaimanapun, ibu kepada kanak-kanak terbabit telah meninggalkan rumah sejak Julai tanpa sebarang berita.

Mingliang juga memberitahu bahawa anaknya itu tidak pernah berhenti untuk melawan penyakit berkenaan dan dia sentiasa berada di sisi anaknya itu untuk memastikan semangat anaknya kuat. Sumber: Mstar Online, Editor: Amira



loading...
loading...

0 Response to "Surat Kanak-Kanak Leukemia Buat Ayahnya Menangis"

Catat Ulasan