loading...
Aplikasi Whatsapp sering sahaja menjadi salah satu media sosial yang selalu digunakan secara meluas di dunia.
dengan adanya aplikasi ini, ia dapat memudahkan urusan seharian di mana kita tidak perlu menghabiskan duit dengan menelefon.
Menerusi aplikasi ini, banyak kumpulan telah ditubuhkan seperti kumpulan untuk keluarga dan lain-lain lagi.
Ini kerana, dengan adanya kumpulan di aplikasi ini, ia dapat memudahkan kita untuk berinteraksi sesama sendiri dan dapat mengeratkan hubungan yang sedia ada.
Namun, tidak bagi cerita di bawah di mana seorang individu dikatakan telah meninggalkan kumpulan yang disertainya di laman sosial ini tetapi apa yang mengejutkan adalah sebaik sahaja dia bertindak sedemikian, dia telah menerima satu mesej di mana dia telah dikecam di samping turut diugut dengan kes bunuh.
Namun, seseorang yang tidak dikenalinya memarahi individu terbabit kerana bertindak sedemikian.
Bagaimanapun, jawapan yang diberikan olehnya bersifat acuh tidak acuh di mana dia tidak mahu melayan kemarahan individu terbabit.
Apabila keadaan menjadi tegang, individu yang dipercayai berumur 22 tahun itu mula bengang dan mengugut untuk bertindak di luar jangkaan.
Namun, dia juga dikatakan tidak takut jika mangsa hendak melaporkan kejadian itu kerana dia memberitahu bahawa dia adalah anak ahli parlimen.
Perbualan berbaur ugutan itu dikatakan berlarutan apabila suspek juga turut mengugut bahawa dia akan menghantar seramai 400 orang budak motor untuk menyerang mangsa.
Dalam pada masa yang sama, dia juga turut memberitahu bahawa keluarganya haruslah sentiasa dijaga di mana jika mangsa tidak bertindak sedemikian, dia akan membunuh kesemua ahli keluarga mangsa.
Individu itu juga turut memohon maaf kepada mangsa yang diugutnya itu namun semua mesej tersebut langsung tidak dilayan.
Setelah diteliti, kumpulan Whatsapp terbabit adalah hanya sebuah kumpulan khas untuk peminat permainan video yang dikenali sebagai 'Squads Mobile Legend'.
Dalam pada masa yang sama juga, individu tersebut yang belum mendapat permohonan maaf dipercayai mahu membuat apa sahaja supaya perbuatannya itu dapat dimaafkan.
Dia juga turut memberitahu bahawa dia juga sanggup untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di laman sosial Facebook miliknya. Sumber: Oh Bulan, Editor: Amira
loading...
loading...
0 Response to "Diugut Bunuh Gara-Gara Tinggalkan Kumpulan Whatsapp."
Catat Ulasan