SinarHairan

Dukun Hamilkan 700 Wanita Ditahan Polis

loading...

CONAKRY - Seorang wanita di Guine telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana mengaku dirinya dukun dan telah menipu ramai mangsanya.

Kira-kira 700 wanita telah percaya dengan penipuannya yang mengatakan mereka telah hamil.

Dukun yang bernama N'na Fanta Camara telah memperdayakan wanita yang sukar hamil dan terlalu menginginkan anak dengan memberi ramuan campuran herba dan ubat yang membuatkan perut mangsa kembung, sekali gus membuatkan mereka percaya bahawa mereka sedang mengandung.

Menurut sumber, Camara mengenakan bayaran berjumlah AS$33 (RM130), sedangkan golongan yang terpedaya itu secara purata mendapat pendapatan hanya AS$48 (RM190) sebulan.

Salah seorang mangsa berkata dia bertemu dengan Camara pada tahun lalu untuk mendapatkan ramuan tersebut.

Pada awalnya mereka akan muntah selepas minum ramuan herba tersebut dan semakin lama perut akan menjadi kembung.

Camara menyentuh perut mangsanya yang kembung itu mengatakan mereka telah mengandung.

Bagaimanapun, selepas diperiksa oleh doktor, kesan fizikal perut yang disangka hamil itu sebenarnya komplikasi dalaman akibat kandungan ramuan Camara yang memudaratkan.

Kemudian mereka membuat laporan kepada pihak polis dan Camara telah ditahan.

Ketika disoal siasat oleh polis, Camara mendakwa tujuan utama di sebalik perbuatannya adalah untuk membantu mereka yang memerlukan.

Pada dasarnya, dia telah menipu ramai orang hingga mendapat keuntungan ribuan dolar setiap bulan, manakala mangsanya menderita kemiskinan dan kembung perut.

200 wanita yang telah menjadi mangsa berkumpul di balai polis tempat Camara di tahan kerana terlalu marah dengan penipuannya demi mendapatkan keadilan.

Kes itu telah menggemparkan Afrika dan negara berdekatan bersama gambar perut mangsa yang menderita kesakitan.

Majoriti wanita di Afrika masih bergantung pada kaedah tradisional dalam urusan harian khususnya hal-hal perubatan. Sumber:Astro Awani , Editor:Farhana



loading...
loading...

0 Response to "Dukun Hamilkan 700 Wanita Ditahan Polis"

Catat Ulasan