SinarHairan

Sempat Hantar Pesanan "Whatsapp" Sebelum Di Temui Mati

loading...

BACHOK: Penemuan satu jasad mayat perempuan yang terdampar di gigi air pada jam 9 pagi tadi membuatkan orang awam terkejut ketika mereka berjalan di tepi pantai itu.

Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah, Ketua Polis Daerah Bachok berkata mangsa yang berusia 24 tahun itu tiada pengenalan diri. Mangsa dipercayai mengalami kemurungan sebelum bertindak sedemikian.

Mangsa dilaporkan telah keluar dari rumahnya di Panji sekitar pukul 6.30 pagi dengan memandu keretanya.

Ahli keluarga nya juga telah menerima pesanan ringkas melalui 'Whatsapp', mangsa meminta supaya ahli keluarganya mengambil kereta yang terletak di pantai itu.

Menurut laporan lagi, mangsa dikatakan telah mengalami kemurungan sejak dia berusia 19 tahun lagi.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah dan tiada kecederaan ditemui sekitar badan mangsa"katanya ketika ditemui pemberita.

Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk di bedah siasat.Editor: Ila




loading...
loading...

0 Response to "Sempat Hantar Pesanan "Whatsapp" Sebelum Di Temui Mati"

Catat Ulasan