SinarHairan

Sempat Berjumpa Ibu Sebelum Dibunuh Kekasih

loading...
KALIMANTAN - Seorang remaja, Vela Lie, 17, yang telah menjadi mangsa pembunuhan kejam oleh kekasihnya sendiri dikatakan sempat menemui ibunya, Yanti, sebelum kejadian malang itu menimpa dirinya.

Namun kelihatan jelas raut wajah ibunya yang sedih apabila mendengar berita kematian anaknya itu.

Menurut Yanti, baru-baru ini anak perempuannya itu ada pulang ke rumah dengan membawa buah durian dan sempat juga mengurut kakinya yang baru pulang bekerja.

Jelasnya lagi, anaknya juga turut berjanji akan membahagiakan ibunya apabila dia sudah berjaya kelak.

Manakala pengakuan dari suspek, Achoi, 29, berkata, "sebelum kejadian tersebut berlaku, dia sempat memberitahu keinginannya untuk membunuh diri kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa mangsa berlaku curang dibelakangnya,

Namun begitu, ugutan suspek tidak diendahkan.

Kata suspek, "mangsa tidak memberi sebarang maklum balas apabila saya mengajukan pertanyaan mengenai hubungan dia dengan lelaki."

Menurutnya lagi, mangsa dikatakan tidak melawan ketika dia membunuh kekasihnya itu apabila dia menjerut leher mangsa menggunakan tali bag.

Selepas mendapati mangsa tidak lagi bernyawa, suspek dikatakan turut menghubungi abang mangsa dan turut mengaku kesalahannya itu. Suspek juga sempat meminta maaf sebelum meminta ahli keluar mangsa untuk datang ke kawasan kejadian.

Abang mangsa bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan tersebut, namun suspek dikatakan telah melarikan diri dan dia berjaya ditangkap pada keesokan harinya.

Kanit Jatanras Iptu Jatmiko yang bertindak mengejar suspek sebaik melihat dia melarikan diri mengaku terpaksa menembak kaki kiri suspek.

“Kami sudah melepaskan tembakan awal untuk memberinya amaran, tetapi dia masih berusaha untuk kabur. Akhirnya kami terpaksa menembak kaki kirinya” katanya.

Menurut orang ramai yang mengenali mangsa, Lie merupakan anak ke lima daripada sembilan  adik-beradik dan merupakan seorang yang mendengar kata serta baik hati.

Mangsa juga dikatakan rajin membantu ayahnya memetik buah betik sejurus dia pulang dari sekolah.

Sementara itu, Mawar yang merupakan jiran kepada mangsa turut memberitahu bahawa Lie merupakan seorang anak yang baik,ramah dan suka bergaul mesra dengan jirannya disamping bercita-cita untuk menjadi guru agama.

Rata-rata daripada mereka tidak menyangka bahawa Lie akan segera meninggalkan mereka selamanya. Sumber: Eberita. Editor: Amira
loading...
loading...

0 Response to "Sempat Berjumpa Ibu Sebelum Dibunuh Kekasih"

Catat Ulasan