SinarHairan

"Pulanglah Abang... Anak-Anak Rindu, Sayang Rindukan Abang Yang Dulu"

loading...

Sesuatu yang menyakitkan bagi seorang wanita yang bergelar isteri apabila suami yang dicintai dan berharap dapat bersamanya hingga ke akhir hayat telah berlaku tidak setia dan mempunyai wanita lain.

Perkara ini terjadi kepada seorang wanita yang menggunakan nama samaran Insan Pilu kerana telah memberi keizinan kepada suaminya berkahwin lain kerana tidak mahu mereka terus melakukan maksiat, namun kesudahannya hatinya sakit menanggung rindu kerana suaminya sudah lama tidak pulang.

Isteri keduanya yang bernama Intan memang sangat cantik dan lebih muda dari isteri pertama.

Insan Pilu memberitahu bahawa dia mempunyai lima orang anak yang sangat comel dan bijak bersama suaminya itu.

Suami beliau telah berkahwin dengan wanita yang bernama Intan itu pada tahun lepas dan suaminya selalu melebihkan isteri pertama sehingga hatinya merasa sakit yang teramat sangat walaupun dia sendiri yang merelakan perkahwinan suaminya itu.

Intan yang sedang mengandung pada saat ini merupakan graduan dari sebuah IPTA manakala wanita yang menggelarkan dirinya Insan pilu itu hanya belajar di Madrasah.

Menurutnya, anak-anak beliau dilahirkan secara pembedahan dan doktor telah mengikat peranakannya kerana boleh membahayakan rahimnya dan saat ini umur anaknya yang bongsu telah memasuki dua tahun.

Sejak kebelakangan ini, si suami berkelakuan pelik dan tidak menghiraukan isteri pertamanya, mungkin kerana Intan sedang mengandung.

Namun isteri dan anak-anaknya perlukan perhatian juga sehingga anak-anaknya bertanya di mana ayah mereka.

Setiap kali anaknya bertanya tentang ayah mereka wanita itu hanya menjawab ayah mereka sedang bekerja bersama isteri keduanya di luar kawasan.

Kesedihannya semakin bertambah apabila madunya memuat naik gambar yang romantis di laman sosial.

Insan Pilu itu berkata sebelum mereka mendirikan rumah tangga suaminya itu cuma mempunyai motor dan pernah di berhentikan kerja sehingga mempunyai perniagaan sendiri namun dia tetap bersabar dan tidak pernah meninggalkan suaminya itu walaupun dalam kesusahan.

Hati si isteri yang kesedihan itu hanya mampu tersenyum mengingatkan kata-kata dan janji manis si suami yang tidak akan menduakan isterinya.

Adakah si suami berubah sikap kerana isterinya sudah tidak boleh mengandung lagi? Bagaimana dengan nasib anak-anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang ayah.

Si isteri hanya mampu melihat suaminya memuat naik gambar sedang makan bersama madunya dan mereka kelihatan sangat gembira sedangkan hari ulang tahun perkahwinan bersama isteri pertama lansung tidak ingat.

Insan pilu itu terkenangkan nasib bagaimana dia sanggup berhujan panas menaiki motor bersama suami yang sangat dicintai itu membawa anak-anak yang pada saat itu baru dua orang pergi ke zoo dan mengambil gambar bersama-sama.

Setiap kali suaminya demam , si isteri akan memasak bubur dan suami sangat sukakan bubur itu.

Hati isteri yang sangat merindukan suaminya meminta si suami pulang dan berjanji tidak akan marah, menangis atau membebel.

Kasihan melihat anak-anak yang merindukan ayah mereka kerana pada hari raya pon si ayah tidak pulang.

Si isteri meminta madunya menyuruh suami pulang ke rumahnya sekiranya mereka terbaca tulisannya dan berkata dia tidak akan marah wanita yang bernama Intan itu dan suaminya.

Dia juga berkata sekiranya orang lain yang membaca tulisannya berjumpa dengan suaminya suruh dia pulang kerana dia sangat merindukan suaminya.
Sumber:IIUMC , Editor:Farhana
loading...
loading...

0 Response to ""Pulanglah Abang... Anak-Anak Rindu, Sayang Rindukan Abang Yang Dulu""

Catat Ulasan