loading...
Ibu bapa merupakan insan yang sangat istimewa di dalam diri setiap daripada kita dan sudah pasti kehilangan mereka dapat membuatkan hati kita sayu dan sepi.
Namun, ibu bapa adalah golongan yang tiada galang gantinya dan sebagai anak kita mestilah sentiasa berusaha untuk membahagiakan mereka sama ada mereka masih hidup mahupun sudah tiada lagi di dunia ini.
Menerusi perkongsian oleh Ustaz Khailil Razak, beliau ada berkongsi beberapa petanda jika kita ada bermimpikamn ibu bapa yang telah meninggal dunia.
Seseorang pasti pernah mengalami mimpi sama ada mimpi itu seram dan menakutkan serta mimpi itu menjadi sebuah mimpi yang indah.
Namun, ada juga dalam kalangan kita yang pernah bermimpi bertemu dengan ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia dan ternyata setiap mimpi yang di alami itu ada maksud yang tersirat di sebaliknya.
Sebaik sahaja kita terjaga pasti kita akan tertanya-tanya bagaimana kita boleh bermimpi sedemikian dan apa yang terkandung di sebalik mimpi tersebut.
Untuk merungkai kisah di sebalik mimpi itu mari kita teliti kandungan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dato Kazim Elias di mana beliau memberitahu bahawa terdapat tiga jenis mimpi yang sering dialami manusia.
Walaupun, sesetengah daripadanya menganggap bahawa ini adalah mainan tidur, tetapi apa yang disampaikan ini sudah pasti akan memberi kesan yang mendalam ke dalam diri kita.
Sebab pertama mimpi adalah satu petanda bahawa kita sedang merindui orang yang meninggal.
Mungkin kita tidak mengakui rasa rindu itu melalui mulut tetapi hati kita sudah pasti sentiasa merindui insan tersebut tambah-tambah insan itu adalah orang yang paling bermakna dalam hidup kita.
Contohnya adalah ibu bapa, saudara mara, isteri atau suami ataupun anak-anak kita yang telah lama dijemput Ilahi.
Setelah bermimpi, adalah tidak elok jika kita terlalu memikirkan mengenai mimpi itu sebaliknya kita bolehlah melakukan sesuatu yang lebih bermakna iaitu melawat kubur mereka pada waktu yang lapang.
Petanda berikutnya adalah mungkin mungkin arwah ingin meninggalkan pesanannya melalui mimpi.
Ada beberapa orang berpendapat bahawa apabila seseorang bermimpi bertemu dengan orang yang telah meninggal, itu bererti arwah ingin menyampaikan sesuatu kepada yang hidup.
Mungkin petanda sebegini adalah untuk memberitahu bahawa semasa hayatnya, dia tidak dapat menyelesaikan beberapa perkara dan mahukan ahli keluarganya menyelesaikan perkara tersebut supaya hidupnya di alam sana berada dalam keadaan yang tenang.
Petanda yang terakhir untuk mimpi ini adalah mungkin ingin mendapatkan pertolongan daripada seseorang yang masih hidup.
Berdasarkan satu pendapat, apabila seseorang bermimpi bertemu dengan orang yang telah meninggal kemungkinan itu adalah petanda bahawa si arwah ingin memohon pertolongan.
Berkemungkinan besar, mimpi tersebut muncul kerana arwah mahukan orang yang masih hidup mengirimkan pesanan kepada anggota keluarganya untuk sentiasa mengirimkan doa buat ketenangan mereka di akhirat sana.
Itulah adalah beberapa maksud mimpi yang ditafsirkan apabila seseorang bermimpi bertemu orang yang sudah meninggal yang dipercayai oleh sebahagian masyarakat.
Namun, ketiga-tiga maksud tersebut belum dapat dibuktikan kebenarannya dan ianya hanya berkembang sebagai mitos yang dipercayai oleh masyarakat.
Sebagai manusia yang beriman, sebaiknya kita tidak terus mempercayai petanda tersebut namun kita haruslah sentiasa percaya bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Editor: Amira
loading...
loading...
0 Response to "Mimpi Manusia Ada Tiga Jenis."
Catat Ulasan