SinarHairan

Ketagihan Bermain Permainan Video Disenaraikan Sebagai Penyakit Mental Oleh WHO

loading...
Ketagihan Bermain Permainan Video Disenaraikan Sebagai Penyakit Mental Oleh WHO

Anda yang kaki gaming, ini sesuatu yang anda perlu tahu. World Health Organization (WHO) telah menyemak semula senarai penyakit untuk tahun 2018 dan salah satu yang menjadi perhatian adalah ketagihan bermain permainan video kini dibawah kategori mental health disorder atau gangguan kesihatan mental.

WHO ingin mengkategorikan ketagihan bermain permainan video ini sama seperti individu yang ketagihan dadah dan judi. Dilabel sebagai gaming disorder, masalah ini didefinasikan sebagai corak atau pengulangan bermain permainan video sama ada secara atas talian atau pun tidak.

‘Pesakit’ juga akan lebih mementingkan permainan video berbanding rutin harian yang lain yang sepatutunya lebih penting. Namun bermain permainan video secara kasual di hujung minggu adalah biasa tetapi jika anda seorang yang bermain permainan video sehingga pagi, anda akan masuk dalam kategori ini.


WHO turut mensarankan anda mendapatkan bantuan jika anda seorang gamers tegar. Ramai gamers yang memberi reaksi pelbagai kepada berita tergempar daripada WHO ini namun ianya tidak boleh ditarik balik dan tahun hadapan, bermain permainan video secara berlebihan akan dilabel sebagai gangguan kesihatan mental.

Jadi gamers di luar sana, MAINLAHHHH GAMESS!! WE ARE GAMERS!
loading...
loading...

0 Response to "Ketagihan Bermain Permainan Video Disenaraikan Sebagai Penyakit Mental Oleh WHO"

Catat Ulasan